Wednesday, January 31, 2007

 

tahniah banjor! aaaakhiiiiiirnyaaa....


beginilah lagak seorang pemenang...
kegembiraan jelas terpampang di raut wajah.
setelah sekian lama mencuba...
setelah sekian lama berusaha, tanpa mengenal penat serta jemu...
beberapa kali juga hampir menggenggam kejayaan...
(dan dengar cerita... pernah sekali tergedebuk... he he he)
akhirnya dia berjaya juga meraih sampul yang diidam-idamkan...
SEKALUNG TAHNIAH, BANJOR!
pak cik tumpang berbangga di atas pencapaian anak didik pak cik...
cuma rasa sedikit terkilan kerana terlepas peluang untuk menyaksikan sendiri detik-detik bersejarah itu... (terima kasih kepada tj boya di atas ihsannya bagi foto di atas)
petang semalam, pak cik terpaksa balik ke pasir gudang... atas urusan peribadi;
jadi... terlepas pertandingan bowling mingguan (opps... malam tadi merupakan pertandingan bulanan)
khabarnya bermain di lane 7 bersama Repp dan Mat Deris; manakala di lane 8, Koh dan Ibrahim.
Repp di tempat pertama, Mat Deris kedua, diikuti oleh Banjor (SAR) di tempat ketiga.
dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 789 (termasuk 60 handicap), pak cik rasa itu suatu pencapaian yang amat membanggakan!
tahniah sekali lagi... dan teruskan kecemerlangan!
sekarang kita tunggu abang usop @ dato' k pulak mencipta sejarah...

4 sekawan ishipower... i'll surely miss these great days when this project completed!

 

let pics do the talking....

this morning, on the way to work... memang confirmed punchcard merah! tapi berhenti jugak sekejap... just too beautiful to ignore! sempat snap 3 keping using my henpon (kokak pun kokak lah...) location: tenggayun






this one snapped the day before yesterday? lepas kerja, around 7pm, slightly before the main gate of tgbin power


this one, yesterday morning, if not mistaken... malas nak check info... tak berapa clear sgt.


dan yang ni... sajer, tak dok kejer... (belajor main2 telepon sebenornyer!)

Labels: , , ,


 

今日は翻訳の仕事がたくさんあった...嬉しい

hari ni pak cik cuba satu lagi eksperimen... posting dalam kana/kanji...
(kepada yg belum mampu baca... gomennasai ne... sori!)
朝っぱらから翻訳の仕事が入ってきた。晩飯のメニューの和訳、製品ラベルの英訳、帰り間際にもまた英訳が頼まれた。明日にしとこう。今日、パシール・グダンに帰るのだ。5時ジャストに帰ろうと思ったが、ある知り合いから相談が持ちかけられて、結局5時半ごろに会社を出て、バイクに乗って、パシール・グダンへ向かう。その相談内容は、最近あまり使っていない右脳を刺激する機会だと思って、相談に応じたが、最後まで面倒を見切れなくて、悪かったと反省した。いい加減な奴だなあ。

tekan 'PUBLISH'... jom kita tengok camana jadinya...

 

bangau oh bangau - rangkap kedua, part I

Ikan oh ikan

Kenapa kau panjang sangat?

Woi! Woi! Woi!

Cut! Cut! Cut……t!

Kau tahu tak sapa yang berlakon filem ni?!

Ikan seluang la… bukannya belut!!

Guna la logik sikit!

Kalau belut, macamana bangau tu nak telan?!

(Suka-suka pak tiri dia jer tukar skrip)

Kau ni memang advanced!

Tapi itu dah dipanggil advanced yang terlampau.

Ikan tak timbul sebab rumput yang panjang.

Kalau kau tanya ikan tu, kenapa dia panjang sangat…

habis kat situ la cerita ni!

Sebab belut tu akan jawab,

“Memang aku panjang.

Memang aku panjang”

Belut berenang dalam bendang. Ada rumput

“Sapa yang lebih panjang… aku ke rumput?”

‘Macamana pulak Nemo boleh sesat kat sini? Padahal ni bukannya cerita ‘Finding Nemo’ pun…’







Kita kena jaga timing sesuatu perkara tu.

Buah-buahan kat kebun misalnya…

Kalau kita petik lambat sangat,

ianya akan jadi terlalu ranum (lebu do’oh);

maka akan jatuhlah nilai komersilnya.

Sepatutnya boleh jual sekilo sepuluh ringgit,

tapi disebabkan kerja penuaian yang tak betul timing,

cuma laku sebakul seringgit!

Sia-sia jerih-perih semusim,

dek sedikit kesilapan teknikal di saat-saat akhir.

Sama jugak halnya kalau kita petik awal sangat.

Kita tak akan dapat nilai komersil yang optimum.

Rasanya, orang Felda maklum sangat pasal bab ni.

Tapi kat pasar-pasar malam atau tepi-tepi jalan,

ada jugak peniaga-peniaga yang jual durian putik,

yang runtuh dibaham rebut.

Selalunya orang tengah mengidam la yang selalu terkena!

Peniaga tu cuma akan kata,

“Sendiri mau ingat la!”

Kita sambung balik shooting yang tergendala.

Labels: , , , ,


Sunday, January 28, 2007

 

itsumo no nichiyoubi...

pagi ahad... cuaca mendung... chotto hada-zamui asa da...

macam biasa, around 7:30... alif bangun, basuhkan muka... hari ni tak tukarkan baju.
"baba, aman!" ke mana lagi kalau tak ke taman rekreasi bukit layang2. pagi ni mama tak ikut sekali. nak masak nasi lemak, katanya... dah boring tiap2 minggu sarapan kat ezral, lepas balik dari taman. so pagi ni, berdua dengan alif jer naik kereta ke taman...

orang pun tak berapa ramai. mungkin sebab cuaca la kot. layan alif main kereta, sepak2 bola yg takde angin tu, main buai... lepas tu baba buat chin-up dan bergayut kepala ke bawah macam biasa. hari ni tak leh nak jogging sebab mama tak ikut sekali. biasanya, sempat jugak fast-walk n jog satu dua round...

around 9am, balik... singgah kat kedai lee heng, beli timun sebatang... mama pesan, nak makan ngan nasi lemak. sampai rumah, nasi lemak dah masak. lepas sarapan, lepak2 layan alif... hampir tengahari, terlelap sekali ngan alif... mama sibuk mengemas, jemur kain dan layan taman bunga dia..

dalam pukul 2, alif terjaga... lunch ngan nasi lemak... tapi yang speselnya, makan kat ruang lepak di beranda... mama's newest idea... mama letak satu sofa, satu bench.. lepas tu hampar tikar kat satu sudut beranda... teringat zaman2 budak dulu... makan nasi tepi sawah! saikou datta...

petang... alif sibuk nak keluar... tengok kak erin, kakak duk main kat jalan depan rumah... pakcik pun join sekali ngan din jiran sebelah yg tengah seronok main frisbie ngan anak2 dia... lepas gian, lama betul tak main frisbie ni... natsukashikatta! lps main frisbie, layan din main badminton lak... nasib baik tak tercabut kain pelikat pak cik!! dekat sejam jugak kot... berpeluh jugak la... alif duk main ngan kak erin... lps tu mama dia bawak jalan2 naik motor... pusing2 kat taman perumahan tu...

kanari jyuujitsushita nichiyoubi deshita.

Labels: , ,


Saturday, January 27, 2007

 

alif - next generation F1 driver?

sambungan bangau oh bangau... tunggu dulu ek. pak cik tengah eksperimen posting video clip yang dah upload ke you tube...
jiman no kawaii segare jya... mou sugu 2 sai ni naru

http://www.youtube.com/watch?v=ChmSfN_7Sik

mama ni dakko sarete... kyonen no nichima fureai festival jb ni te... chinami ni baba ha shikai o tsutomesaseteitadakimashita! (jitsu ha yaraserarechatta...!!)

Labels: ,


 

test posting video clip...

ni dia... percubaan pertama pak cik upload video ke you tube... then experimenting on posting it to this blog. kalu menjadik... more video clips will follow...
as for this vidclip, panoramanya menarik, cuma gambar tak berapa clear sebab rakam guna henpon kokak pak cik. hope the 'celoteh' (take it as BGM!) of 4 sekawan ishi power can cover a bit... the celoteh is 18PG... he he he... so here it goes...
http://www.youtube.com/watch?v=BAPaR4sohEo
tanoshimi da naa...

Wednesday, January 24, 2007

 

bangau oh bangau - rangkap pertama, part II

sambung lagi ke bahagian ke-2 rangkap pertama:


Tapi rasanya,

kau mesti tak mampu nak beli ‘goggle’ tu.

Tak apa la… kali ni aje aku beri kau subsidi ‘snorkeling set’.

Atau pun kau nak sebilah sabit?

Buat potong rumput yang panjang tu.

Lepas tu kau pandai-pandai la tangkap ikan sendiri.

(Aku tak de masa nak layan kau lagi!)

Dengar macam,

“Nah! Ambik seposen. Pegi main jauh-jauh!”

Aku tak de la sekejam tu…

Aku buat macam ni sebab aku ada dengar

cerita seorang budak miskin dengan seorang nelayan.

Al kisahnya, suatu pagi

ketika para nelayan sibuk memunggah hasil tangkapan ke darat.

Datanglah seorang budak meminta dua tiga ekor ikan

daripada seorang nelayan.

Katanya, mak dia sakit.

Dah pegi klinik, tapi doktor tak bagi MC.

Jadi dia kena la cuti tanpa gaji.

Nelayan tu bagi la, sebab kesian tengok budak tu.

Lepas tu, tiap-tiap hari budak tu datang.

Ada aje alasan dia beri masa nak mintak ikan tu.

Duit kebajikan lambat la;

tuntutan socso belum lulus lagi la;

kucing dia dah tiga hari tak makan la.

Tapi nelayan (bukan ‘no layan’) tu layan aje.

Dia tak de lah naik ‘fed up’ sampai termelatah,

“Banyak cekakad la kau nih!!”

Tapi kalau berterusan macam tu,

dia rasa tak ada ‘long term benefit’

untuk dia dan jugak budak tu sendiri.

Dia takut budak tu takkan boleh ‘bergenisiari’.

(Bergerak dengan inisiatif sendiri).

Lalu nelayan tu pun cuba la ‘berfikeri’

(Berfikir dengan kepala sendiri).

Dia memang kesian kat budak tu, tapi…

kalau dia cuma beri ikan aje,

sampai bila pun budak tu takkan boleh berdikari.

(Berdiri dengan kaki sendiri).

Masa dapat ikan banyak, boleh la dia bagi.

Kalau musim ka’at, apa jadi?

Bila dia dah tak ada nanti, apa jadi?

Dia pun dapat la satu ilham, hasil daripada berfikeri.

Dia sedekahkan sebatang joran kat budak tu,

dan ajarkan cara serta petua-petua nak tangkap ikan.

Tak lama lepas tu,

budak tu dah tak datang mintak ikan lagi.

Sekali-sekala dia datang ziarah nelayan tu;

siap bawak ikan sekali

jika hasil tangkapan melebihi keperluannya.

Itu versi original…

yang pak cik dengar dari mulut seorang pakar motivasi.

Pak cik ada jugak terbaca kisah tu kat internet.

Tapi lain sikit la jalan ceritanya.

Sebenarnya budak tu bukannya tak ada joran;

bukannya tak pandai atau malas tangkap ikan.

Dia pergi mintak ikan kat nelayan tu…

sebab nak tackle Milah - anak dara nelayan tu.

Mengikut versi internet tu,

dia telah berjaya menangkap hati Milah.

Dan seterusnya menjadi menantu nelayan tu.

Si Milah tu idok ler lawo maner.

Kalau ikutkan, tak beraper padan ler dengo budok tu nyer.

Budok tu… muke udoh le hensem;

tubohnyer puler… bukan main saser.

Tapi budak tu tak kisah.

Sebab tujuan utamanya bukanlah Milah.

Tapi… bot berenjin empat puluh kuasa kuda,

beserta kelengkapan serba lengkap,

bersama awak-awaknya sekali.

Kira ‘win-win situation’ jugak la.

Okey la, kita sambung balik kisah bangau cekeding tu.

*pak cik pun tengah pikir lagi nak letak gambar apa kat sini...
samada gambar majlis akad nikah atau bersanding atas bot 40 kuasa kuda tu...
"aku nikah akan dikau, Budak peminta ikan dengan bot berenjin empat puluh kuasa kuda, dengan mas kahwinnya empat ekor ikan tambang...."






 

mata yacchatta yo!! + GPRS activated

to quote what 'carrot' said after last night's PB 10 pin weekly tournament:
"engkau selalu macam tu... dah leading, tapi last game... hancur. mental tak cukup kuat!"
itu la pattern yang selalu berlaku... kalu main 3 game, 1 game mesti ada yang junam!
"bukan junam lagi tu... bunuh diri!" kata hussin polis.
malam tadi, 1st game 176, 2nd game 205... campur dengan handicap 15, total 396... top three!
masuk 3rd game, semua tak menjadi! 3-4 frame... split. lepas tu, spare mudah pun boleh tak kena! dapat 121! total 517.... terlepas lagi sampul...
dah banyak kali dah macam tu, never learnt a lesson... komatta ossan da!

tu cerita bowling... ni pulak cerita GPRS/WAP/MMS
pagi semalam dapat mesej daripada DiGi yang henpon kokak aku tu dah boleh diaktifkan...
apa lagi... terus la aktifkan. kebetulan minggu lepas, ada kawan tanya, "henpon awak boleh terima MMS ke?"
selesai download program utk WAP n MMS, cecuba la try test hantor MMS... test hantar kat e-mail.... 'sending failed. internet profile error!'.... amender pulak ni?!
lepas tu mintak tolong kawan yang bertanya minggu lepas tu cuba hantarkan MMS... mesej terima, tapi tak leh nak bukak... sama jugak... 'download failed. internet profile error. please check your setting'...

aku pun try la... tekan sana tekan sini... tekan kanan ke tekan kiri ke... tak boleh gak! kawan yg kirim tu tanya, "dah tengok ke gambar yg saya hantar?". dia sarankan aku call digicentre... aku pun call la... mula2 yang jawab tu... mesin! aku kurang minat sangat dengar mesin bercakap! mesin tu bagi option utk pergi ke homepage digi. aku pun bukak homepage digi. cuba lagi activate dari website diorang pulak... file WAP n MMS dihantar sekali lagi ke henpon aku... try bukak lagi MMS yang kawan tu hantar, still cannot open... kawan tu bagitau, kalu nak cakap ngan operator kat digicentre tu, tekan la '0'... aku try call lagi sekali... boleh la bercakap ngan orang betul... bukan mesin. dia check database diaorang... "GPRS en. wan memang telah diaktifkan. tak ada sebarang masalah... cuba en. wan bawa telefon en. wan ke pusat khidmat digi atau ke digi specialist shop..." okay lah, malam ni la... sambil keluar makan n main bowling...

lepas kerja, balik ke camp... cari wan cina, sebab henpon dia 3G. kebetulan dia tengah tengok tv kat bilik tv kecik... dia try hantar MMS dari henpon N70 dia tu... sama gak... terima tapi tak leh bukak... aku pulak try hantar kat dia, memang 'sending failed'. wan cina cadangkan cuba masukkan sim card digi aku tu ke N70 dia... dah tukar... "aik! mana MMS kau yang tak boleh bukak tu?"... baru tahu, rupanya sms save dalam phone memory, bukannya dalam sim card. tak sampai seminit lepas tukar sim card tu, digi hantar mesej utk aktifkan GPRS utk N70... wan cina terkejut, "wah! ni memang betul la 'orang kuning' ada kat sebelah kau!". gelak besor. alaaa... 'orang kuning' dalam iklan digi tu la...

tak pa la... malam ni pegi cari digi specialist shop. tukar balik sim card. onkan balik henpon kokak aku tu... are?! internet ni tsugatteru zo! bila tengok ada connection ke internet, aku cuba bukak MMS yang wan cina hantar tu... wow! boleh bukak! yatta zo!! cuba pulak bukak yang kawan tu hantar pagi tadi... pun boleh bukak jugak! mungkin kena switch off dulu kemudian on balik henpon tu baru setting tu take effect... macam bila install certain program kat PC...

maka pada tanggal 23haribulan Januari 2007, bermulalah lagi satu era baru dalam hidup pak cik! keep on going... distributing smiles to as many people as possible...

Labels: , , , ,


Saturday, January 20, 2007

 

bangau oh bangau - rangkap pertama, part I

Rangkap pertama... sempena MAAL HIJRAH?!
separuh jer dulu...

Seloka ‘Bangau oh bangau’ olahan wawi alkhadeem

Asal mulanya usul cerita

Di sebuah daerah, di satu belantara

Seekor bangau kurus tubuhnya

Menjadi ilham seorang pendita


Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?

Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.
ikan tak mahu timbul.

Huh! Ni la hok pok cik maghoh sangak ni!

Tak dok kherjo lain, subsidi... subsidi… subsidi!

Tak dok subsidi, tubuh jadi seghupo lidi!

Tak dok lasung nok usoho sediri!

Ado baso hok teghuk lagi…

Kerojaan bui bajo subsidi, suruh buboh dale bendang padi;

habih nyo jual wat main judi, wat beli todi.

Lepah tu duk ngepek soghe diri,

“Bakpo gak padi oghe lain jaddi, padi aku dok jaddi.

Mungkin tak rasi aku jadi pok tani… !”

Caghi alasan nok jual bendang padi,

Nok buat joli, nok duk goyang kaki.

Dok tahu la... gapo dio nok jadi!

(Note: Translation available upon request. Or you may consult your Kelantanese friend.)

Asyik nak tunggu orang suap aje.

Cuba la belajar-belajar suap sendiri.

Kalau ikan tak nak timbul,

engkau pegi la supermarket…

beli satu ‘snorkelling set’.

Lepas tu pegi la menyelam tangkap ikan.

Sambil-sambil tu…

boleh jugak menikmati keindahan di bawah permukaan air.



Ilustrasi: Bangau pakai mask dan snorkel, menyelam nak tangkap ikan

habis tu… nak tangkap camana ni?!












(Nota kaki) Pak cik dah lama tak menyonteng... nak lukis gambar bangau pakai mask & snorkel tu... tak berapa reti la... terserah pada kreativiti masing2 nak gambarkan dalam kepala macamana...

Labels: , ,


 

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1428



Quote from sms received from banjor DIGI:

"Wishing u 355 days of sakinah, 50 weks of ibadah… 12 months of izzah… every sec. of iman & taqwa. SLMT MNYMBUT MAAL HIJRAH 1428. Moga di brkati ALLAH stiap detik"

Carilah peluang untuk buat kebaikan...


p/s: Baru perasan yang direct posting from MS WORD tu tak boleh untuk 'new blogger'... (lain kali baca la betul2... hait! kondo kara ki o tsukemasu!)



Friday, January 19, 2007

 

bangau oh bangau - MUQADDIMAH

ni la dia yang pak cik janjikan tu...
sebagai permulaan, kita baca muqaddimahnya...
semoga ada sedikit manfaat...

MUQADDIMAH

Salam sejahtera,

Buat semua pembaca budiman. Semoga sentiasa tabah dan terus berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dilakukan. Walaupun hasil yang didapati tidaklah seperti yang diharapkan, kita akan rasa suatu nikmat kepuasan bila menyedari yang kita telah melakukannya dengan cara yang terbaik yang kita mampu lakukan.

Berkenaan dengan muqaddimah ini, berdasarkan pengalaman sendiri serta sedikit pengamatan, rasanya tidak ramai orang yang membacanya, entah kenapalah agaknya, mungkin kita boleh gunakan kaedah ‘bangau oh bangau’ untuk mengetahui apakah punca, apakah sebabnya.

Saya dulupun jarang membaca ‘muqadimah’ atau ‘kata-kata pendahuluan’ atau ‘ kata pengantar’ atau ‘sekapur sirih’ atau lain-lain lagi yang panggilan yang diberikan. Bila diterangkan oleh ‘syifu’ tentang manfaat membaca ‘muqaddimah’, barulah saya ‘bertaubat’, dan seboleh mungkin berusaha untuk meneliti dahulu ‘muqaddimah’ sebelum masuk meneroka ke isi kandungannya. Mungkin di lain kesempatan kita boleh sama-sama bincangkan berkenaan permasalahan ini dengan lebih mendalam.

Sebenarnya, idea untuk untuk menulis seloka?! ini terbit pada tahun 1998 lagi. Sewaktu menelaah buku rujukan untuk mencari bahan-bahan bagi sesi perbincangan mingguan di sebuah kilang di Pengkalan Chepa, saya terbaca mengenai kaedah untuk menyelesaikan masalah yang diperkenalkan oleh seorang pakar pengurusan kualiti daripada Jepun. Pakar tersebut menegaskan yang ‘5W1H’ haruslah digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan. ‘5W1H’ yang beliau maksudkan itu bukanlah ‘5W1H’ yang pernah kita belajar di dalam kelas bahasa Inggeris di sekolah dulu – Who, What, Where, When, Why dan How. ‘5W1H’ yang beliau maksudkan ialah 5 kali ‘Why’, dan diikuti dengan ‘How’. Maknanya, dalam menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu mencari, atau lebih sesuai digunakan perkataan ‘menggali’, punca sebenar permasalahan tersebut terlebih dahulu, sebelum mengambil langkah-langkah penyelesaian. Dalam usaha menggali punca sebenar, kita perlu tanya “Kenapa?” sekurang-kurangnya 3 kali. Walaubagaimanapun, satu perkara penting yang harus kita sentiasa ingatkan pada diri kita ialah kita mesti bertanya dengan niat untuk mencari punca sebenar, bukannya untuk mencari alasan pemunasabahan.

Ketika itulah terlintas lagu ‘Bangau oh bangau’ di kepala saya. Setelah bersusah-payah mencari lirik lagu ‘Bangau oh bangau’ tu, dan beberapa kali mengolahnya, maka saya pun memberanikan diri untuk memperkenalkannya kepada khalayak umum yang terdekat. Alhamdulillah, sambutannya agak memberangsangkan. Itu telah memberi perangsang kepada saya untuk mendakap suatu cita iaitu membukukannya supaya dapat dikongsikan dengan khalayak yang lebih besar.

Dengan membaca seloka ‘Bangau oh bangau’ ini, seseorang itu boleh terus menjadi seorang ‘penyelesai masalah’? Bukan itu yang saya harapkan. Banyak lagi kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang penyelesai masalah yang baik. Seloka ini diolah sebagai satu bahan penyedia ‘platform minda’ untuk menjadi seorang penyelesai masalah. Apabila ‘platform minda’ telah tersedia, kemahiran-kemahiran lain akan dapat berjalan dengan lancar. Itulah harapan sebenar saya kerana saya merasakan bahawa keupayaan menyelesaikan masalah adalah suatu kemahiran yang penting bagi setiap individu yang menjalankan sesuatu tugasan, tak kira samada di tempat kerja mahupun di rumah.

Masalah ada di mana-mana. Menidakkannya atau melarikan diri daripadanya tidak akan membawa kebaikan dan kita tidak akan ke mana. Saya rasa cara yang terbaik untuk memajukan diri kita ialah dengan melengkapkan diri dan bersemuka dengan masalah itu.

Selamat menikmati kemanisan bergelut dengan masalah!

Ikhlas dari hamba,

wawi alkhadeem (alkhadeem@maktoob.com)

November 2006

Labels: , ,


Thursday, January 18, 2007

 

hidet-san, arigatou! subscription form added!!

yes! yes! yessssss!!
akhirnya berjaya jugak akhirnya setelah terkial2 dua hari dua malam (bedo'oh la tu!)...
thanx to hidet-san for his advice - doumo arigatou-san!
nanti pakcik nak buat blogroll pulak... mungkin boleh letak hidet-san nyer link sekali. tapi kena mintak permission dulu.
and kudos to Feedblitz team!!

hari ni dapat satu e-mail dari Terajuan...

Bilingualism delays onset of dementia

People who are fully bilingual and speak both languages every day for most
of their lives can delay the onset of dementia by up to four years compared
with those who only know one language, Canadian scientists said on Friday.

Researchers said the extra effort involved in using more than one language
appeared to boost blood supply to the brain and ensure nerve connections
remained healthy -- two factors thought to help fight off dementia.

* 'dementia'
tu kalu dalam bahasa kita... "nyanyok" la kot!
can this explains one of the hikmah membaca al-Quran (bahasa Tuhan?)?!

Labels: ,


Wednesday, January 17, 2007

 

tasuketeeeeee!

terkial2 aku satu hari...
tengok kat satu blog tu, ada sign up form (powered by Feedblitz)
teringin juga nak buat satu kat blog aku nih... (ni bukannya "dengki", tapi "ghibtah", kan?)
bukannyer apa... mana la tau kot2 ada member2 nak follow up bila aku update blog ni... senang sikit. sendiri susah sikit tak apa la, janji member2 senang... (chit! pi rah mabuk!)
aku pun try la bereksperimen...
buat cam ni tak jadi, buat cam tu tak jadi... huarghhhhhh! atama ni kita na!
malam ni sambung lagi kat rumah...
dalam sehari dua ni, harap2 aku berjaya masukkan sign up form tu kat blog aku ni!
gambaru zo!!

Monday, January 15, 2007

 

tahniah usop! tahniah banjor! takziah tj boya!

lama tak posting... patutnyer minggu lepas post yang ni!
minggu lepas... untuk pertama kalinya... usop (@ datok k(edaun)) telah menyertai 10 pin weekly tournament! syabas datok k!
puas memujuk... puas mengutuk... aku dan tj boya (banjor on paternity leave) terpaksa mendapatkan khidmat kutukan power zain otai! taktik berjaya... akhirnya datok k join jugak tournament!
tahniah jugak buat banjor... dapat anak ke-4? baby girl! semoga baby & maknya sihat macam ayah dia tu!

dan untuk tj boya... takziah diucapkan... mak mertua dia meninggal dunia minggu lepas... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah! Al-Fatihah.

dari kiri: banjor, usop, aku & tj boya... masa RJ Bowling tournament!

Wednesday, January 10, 2007

 

learnt a lesson today... thanx zass-san

pagi tadi masuk chatting room 'misi jutawan' tu... nak tanya pasal warning "this site is inactive" kat iklan adbrite aku. memang nampak gayanya, kena register balik semula... thanx, zass-san!
sambil tu sempat borak2 pasal program2 cari duit di internet... baru tahu yang 'numenmail' tu scam! now you learnt a lesson, wawi! padahal khai MJ dah bagi warning awal2 lagi... bukan apa, masa tu aku fikir, kalau scam pun... aku bukan rugi apa sangat! rugi masa je la... tapi bagi orang yang 'hima' macam aku ni... tak de la terasa ralat sangat. so, next time... sebelum nak buat apa2, buat research dulu, as advised by Tn Hj Fra, again by zass-san and many other friends before... "wawi mudah lupa!"

Labels:


Monday, January 8, 2007

 

masyaAllah! cantiknyer... kandoushichatta!

petang sabtu lepas... lebih kurang pukul tujuh... kira-kira dekat nak maghrib la... atas motor balik dari kerja. dah nak sampai rumah... dalam area taman nusa damai dah (jalan besar depan rumah jijan & intan!!)
lepas jer kawasan yg berpokok, di depan mata terbentang suatu pemandangan yang amaaaat cantik... the most beautiful sky that i've ever seen in recent years!! terbang lesap rasa kepenatan, sakit pinggang, sakit punggung duduk atas motor di lambung lubang dan bonggol highway pasir gudang serta jalan-jalan yang setaraf dengannya.
ada sebuah kereta wira... bawak slow... kali ni aku tak marah sebab aku rasa diorang pun sedang menikmati panorama yang begitu asyik. baik-baik, bang! kat depan tu selekoh 90 darjah!
memang cantik... langit warna biru lembut... dengan awan-awan warna emas?!, warna kelabu?! susah nak describe dengan tepat pemandangan tu. kalaulah aku boleh print out apa yang scan dengan mata, dan save dalam kepala tu, bagus jugak, eh! DORAEMON, sonna souchi nai no? attara, kashite kure yo!
nak snap ngan henpon, henpon kokak sangat. 2-3 minggu lepas, aku ada ambik gambar "double rainbows"... blur, tak nampak color! just for kenangan... ni dia gambornyer...
pelangi kedua tak berapa clear... sebelah kiri daripada yang nampak clear sikit tu.

Saturday, January 6, 2007

 

TEST POSTING FROM MS WORD

2-3 hari lepas ada download program untuk direct posting daripada MS Word. Dah install... acu cuba try test la... tp tak menjadi! hmmmm.... setting tak betul la tu! pak cik sendiri pun selalu confuse... yang mana satu username pakcik... banyak sangat... register sana, register sini... tu la, masa register dulu tu, tak jot down important particulars!! sekarang... sendiri jugak yang susah!! komatta mon da! mou ikkai tameshite miru ka! sou kantan ni wa akiramen zo! gambare... ossan.

oh ya! baru ni pakcik cakap nak publish buku kecik yang publisher co malas nak layan tu kan... sebagai pembukaan, ini dia cover design...

Thursday, January 4, 2007

 

susah jugak nak cari publisher when...

manuskrip buku kecil yg tergendala beberapa tahun akhirnya siap juga akhirnya bulan november lepas. terpaksa tulis balik semua sekali sebab manuskrip lama hilang la, backup kat disk tak boleh bukak la... macam2 dugaan. yoku yatta yo! jibun ni iikikaseta.
the next step is to find a publisher. dah cuba contact 2-3 publisher... tapi so far belum ada lagi publisher yang sanggup. susah jugak nak cari publisher ni, especially bila pakcik sendiri pun tak tahu apa genre yang patut diberikan kepada buku kecil tu. tapi sebab yg utama ialah the standard of the manuscript itself la... kalu betul2 bagus, hantar la kat mana2 publisher pun, you'll get a good response! memang manuskrip tu ada masalah... as pointed out by kak nita sempai (thanx... tolong jangan serik bagi nasihat kat kouhai yg keras kepala ni!). pakcik sendiri pun akui. tapi, pakcik belum bersedia untuk tukar style penulisan yang digunakan... that's me... that's my style. editor kat publishing co mungkin tak suka, but at least i know that my niece like it... and hopefully my son will also like it bila dia dah pandai membaca nanti (still many years to go! for the time being, please grow up healthily dan jangan nakal2 sangat... kesian kat mama!)
tengok la dalam seminggu dua lagi. kalu tak de response daripada satu lagi publisher tu, pakcik akan publishkan jer buku tu kat blog ni... hontou ni komatta ossan jyanoo.

Labels: , ,


Wednesday, January 3, 2007

 

akemashite omedetougozaimasuru!

pejam celik pejam celik... dah setahun aku kat tg bin ni!
sempena tahun baru ni, pakcik nak ucapkan 'selamat tahun baru! moga selamat hingga ke tahun baru akan datang!' kepada sesiapa sahaja yg tersesat ke blog pakcik ni... kotoshi mo yoroshiku onegai moushi agemasu.
hujung tahun baru ni, banyak betul happening... tergantung sekejap status "hima na hito"!
join 2-3 'milist' (mailing list)... sibuk surfing (clicking!) untuk kumpul poin la... take it as part of preparation to work from home... azam tahun baru?!
last week ter'chit-chat' ngan 'erytromsin' (katte ni kakasetemoraimasu wa!), rasanya budak JAD, kan? lepas tu terus masuk ke www.jadzine.com... tengok2 pakcik punya blog ni dah ada link kat sana! bila masa ntah diorang letak... ni mesti 'erytromsin' punya 'shiwaza'! tak tahu nak rasa seghonok ke nak rasa apa... bukan apa... kesian kat sapa2 yg tersesat ke blog ni... kalu setakat "nanjya kono blog!" and bye bye tak pe la jugak... takut ada yg nyumpah lebih2... dapat dosa free2.
anyway, thanx to 'utama-san' for his/her new year wishes!
chiao dulu... onaka pekopeko da!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]