Saturday, January 20, 2007

 

bangau oh bangau - rangkap pertama, part I

Rangkap pertama... sempena MAAL HIJRAH?!
separuh jer dulu...

Seloka ‘Bangau oh bangau’ olahan wawi alkhadeem

Asal mulanya usul cerita

Di sebuah daerah, di satu belantara

Seekor bangau kurus tubuhnya

Menjadi ilham seorang pendita


Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?

Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.
ikan tak mahu timbul.

Huh! Ni la hok pok cik maghoh sangak ni!

Tak dok kherjo lain, subsidi... subsidi… subsidi!

Tak dok subsidi, tubuh jadi seghupo lidi!

Tak dok lasung nok usoho sediri!

Ado baso hok teghuk lagi…

Kerojaan bui bajo subsidi, suruh buboh dale bendang padi;

habih nyo jual wat main judi, wat beli todi.

Lepah tu duk ngepek soghe diri,

“Bakpo gak padi oghe lain jaddi, padi aku dok jaddi.

Mungkin tak rasi aku jadi pok tani… !”

Caghi alasan nok jual bendang padi,

Nok buat joli, nok duk goyang kaki.

Dok tahu la... gapo dio nok jadi!

(Note: Translation available upon request. Or you may consult your Kelantanese friend.)

Asyik nak tunggu orang suap aje.

Cuba la belajar-belajar suap sendiri.

Kalau ikan tak nak timbul,

engkau pegi la supermarket…

beli satu ‘snorkelling set’.

Lepas tu pegi la menyelam tangkap ikan.

Sambil-sambil tu…

boleh jugak menikmati keindahan di bawah permukaan air.



Ilustrasi: Bangau pakai mask dan snorkel, menyelam nak tangkap ikan

habis tu… nak tangkap camana ni?!












(Nota kaki) Pak cik dah lama tak menyonteng... nak lukis gambar bangau pakai mask & snorkel tu... tak berapa reti la... terserah pada kreativiti masing2 nak gambarkan dalam kepala macamana...

Labels: , ,


Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]