Saturday, March 31, 2007

 

take a break... jawab tag kak G dulu

sebelum pak cik sambung ke part II of 110km ride, pak cik nak berehat dulu sekejap... sambil tu nak tulis secara ringkas apa yang pelik tentang diri pak cik... sebenarnya ni sebab kena tag ngan kak G... lama sangat dah tangguh. sori la kak G, tak nyempat...
pak cik cuma tulis yg mana terlintas di kepala.. (dan yang lulus tapisan lembaga penapisan filem negara sahaja la...)

1. Jarang minum air guna 'straw'
Tak ingat la pulak sejak bila jadi cam tu... memang pak cik jarang minum minuman sejuk... selalunya suam atau panas... (sekali-sekala tu ada jugak pelayan restoran yg pening... bubuh straw dalam air limau suam...). kalu order minuman sejuk sekalipun, pak cik tak minum menggunakan straw. straw tu hanya guna sebagai pengacau... masa nak minum, pak cik akan lipat straw dengan tangan yang pegang gelas tu, dan minum direct daripada bibir gelas... pelik ke?

2. Terikut tabiat keluang / kelawar
Mungkin ni terkena kenan keluang/kelawar kot... :) . rutin mingguan pak cik ialah jogging (atau cuma melayan alif) di taman bukit layang2 pada pagi minggu. lepas jogging, pak cik akan pergi kat tempat palang besi untuk orang buat 'chin up'... (ada 2-3 kat taman tu..). lepas buat chin-up, pak cik akan sangkutkan kaki (lipatkan lutut) ke palang tu... kepala ke bawah. buat sit-up setakat yang terlarat... pelik la sikit, sebab tak ada orang buat cam tu kat taman tu...

3. berjalan di atas tebing penghalang tanah 'terbis' (tanah terhakis?) kat tepi tasik
tabiat ni agak baru... sejak PBT pasir gudang buat tebing tu kira2 setahun lepas kot... tebing tu diperbuat daripada batu-bata yang diikat dengan konkrit. lebarnya selebar satu batu-bata la... pak cik selalunya akan berjalan atas tebing yang sepanjang kira2 200 meter tu, sambil mengimbangkan badan... ini merupakan sebahagian daripada laluan jogging pak cik. kenapa buat cam tu? hmmm... nak exercise sel-sel otak sambil exercise fizikal... dengan berjalan sambil mengimbangkan badan di atas tebing tu, sel2 otak kita akan lebih dirangsangkan... pak cik ada terbaca kat mana ek?

cukup la tu kak G... kalu nak ikutkan, banyak lagi benda2 pelik. sebab baru ni wawi ada buat personaliti test... dia cakap wawi ni imported from other galaxy... ni dia sedutan daripada apa yg diorang cakap...

INFPs are quiet, creative, sensitive and perceptive souls who often strike others as shy, reserved and cool. These folks have a rare capacity for deep caring and commitment--both to the people and causes they idealize. INFPs guide their behavior by a strong inner sense of values, rather than by conventional logic and reason. Forced to cope with this facts-and-figures “real” world we inhabit, INFPs may appear to have been imported from another galaxy! They gravitate toward creative or human service careers which allow them to use their instinctive sense of empathy and remarkable communication skills. Strongly religious, spiritual or philosophical people, INFPs may see the purpose of their lives as an inner journey, quest or personal unfolding. More practical or rational types may tend to discredit the INFP’s sources of understanding as mystical. The search for a soulmate is a preoccupation for many INFPs, who must balance their need for privacy and peace with their yearning for human connection. If there seems to be an air of sadness in the INFP’s spirit, blame it on this type’s longing for the perfect in all things.

pasal tag ni pun, wawi tak akan bagi 6 nama yang akan meneruskan kesinambungannya... sori!
cuma, kalau ada sapa2 yang terbaca, dan terasa ingin nak mencari kepelikan dalam diri sendiri untuk dikongsi, you are welcome to do so...

Labels: ,


 

first part of 110km ride... last day in tg bin

tanggal 30hb mac merupakan hari terakhir pak cik di tg bin.
pada belah paginya, pak cik ingat kan nak pergi ambil motosikal yamaha 100 sport yang sudah siap dibaiki di bengkel yee seng motor, kangkar tebrau. tungu punya tunggu, kedainya tak juga dibuka. hampir pukul 10 pagi, pak cik sudah tak boleh tunggu lagi. cuba pergi tanya kat kedai makan bersebelahan dengan bengkel tu.
"hari ni dia tarak buka la". amoi pelayan kedai makan tu beritahu.
chet! membazir masa aje. terpaksa tukar ke plan B.
pandu kereta balik ke pasir gudang. singgah dulu kat hong leong bank masai. bayar loan rumah dan kad kredit. sampai rumah, mama terus berkemas. malam ni tidur kat pontian.
dah pukul 11 lebih masa bertolak ke pontian. sampai di pontian, check in hotel pontian, ambil kunci, lepas tu terus menghala ke tg bin. singgah dulu solat jumaat di serkat. lepas jumaat, mama hantar sampai kem. tunggu pak brahim datang hantar kak lili yang bertanggungjawab menjaga kebersihan kem.
sampai pejabat pukul 2:40... handover kerja kat hj malik (punchlist), wan cina (local authority - permitting) dan matsumura-san (NCR IHI).
serah balik kunci bilik kem kepada mr rama - pengurus admin. sekali dengan kad pekerja dan pas masuk ke tapak pembinaan. safety helmet dan safety belt pun hantar sekali kat mr rama, sebab selvi - safety clerk tak ada kat tempat dia.
lepas tu, pusing2 pejabat jumpa muka2 yang biasa berurusan dengan pak cik... masuk kabin philipino engineers.. cuma lito jer yang ada... send regards je la kat lain2 member.
pukul 5.01, punch kad untuk kali terakhir. saraba yo, tg bin! berakhir episod setahun 3 bulan...
naik van pak wahab sampai kem. seret basikal pegi isi angin... kedua-dua tayar habis kempis. apa taknya, dah berapa bulan tersadai kat tempat letak kereta... nasib baik tayar tiub nampak macam okay lagi... tunggang basikal balik semula ke kem, ambil saki-baki barang yang ada, lepas tu terus menghala ke hotel pontian. lebih kurang pukul 5.40 bertolak, sampai di depan hotel pontian sekitar pukul 7. jarak perjalanan lebih kurang 30km. turun dari basikal, betul2 alami 'ashi koshi no chikara ga nuketa'... lembik lutut! nak panjat tangga naik ke bilik di tingkat dua tu... masyaAllah siksanya! terasa macam ada 5kg pemberat terikat kat setiap kaki tu... sampai bilik, alif baru jer tidur...
pak cik terus mandi dan solat asar... masa nak turun sujud tu, terasa macam nak cramp otot2 peha... lps solat, buat stretching sikit, nak balik hilang lenguh kaki... terutama sekali urat & otot peha... lama tak buat kerja gila2 ni...
lepas solat maghrib, alif terjaga... terus mandikan... dan bersiap untuk keluar makan malam... last dinner kat pontian... destinasinya ialah very good tom yam... order sup ekor, puyuh goreng kunyit 2 ekor, telur dadar, kailan ikan masin... ramai pulak orang malam ni. jenuh nak suruh alif sabar... tengok pelayan tu bawak air ke meja lain, "mama! minum air..!". tengok pelayan tu bawak makanan, "mama! momok nasik..!".
lepas makan, terus ke pontian bowl. last tournament?! weekly 9 pin tap. sementara tunggu tournament start, kena layan alif dulu... berlari ke sana, berlari ke sini... sekejap "baba, aaurk!". ais krim la tu... sekejap, "baba, jajan!"... bukannya nak makan sangat pun... mama jugak yang kena perabihkan. mama dah tak tahan... dia mintak balik ke hotel dulu. pak cik hantar turun ke kereta. mama balik dulu ke hotel dengan alif. pak cik naik ke atas balik... pukul 10 lebih... diorang tengah syok main blok lagi. duduk tengok masaoka dengan daisuke main... dah dekat pukul sebelas pun, masih tak nampak macam nak start lagi tournament. pak cik pun ambik bola... layan dulu satu game. ingatkan malas nak warm up dah... penat kayuh basikal petang tadi pun belum hilang sepenuhnya lagi.
elok-elok jer habis satu game, diorang panggil nama untuk undi lane... pak cik kena lane 12, sekali dengan zain otai, pian polis, boy MCIE (juara 10pin minggu lepas, no. 3 9pin minggu lepas!) dengan mr lim towkeh pontian bowl.
1st game, pian bantai 200 lebih. pak cik score 188... boleh la...
2nd game, pian hancus... boy dapat form balik... pak cik dapat 228... ada chance nak dapat nombor! yang leading lepas 2 games ialah NOK - budak baru, member izat... 264, 246!
3rd game, pak cik dapat 226... total 643!
keputusan akhir... ADL juara, NOK no. 2... pak cik no. 3... not bad la! cuma malam ni, zambri, repp, migo tak ada...
pukul 12, lepas ambik sampul, jumpa member2, salam2 mintak maaf... lepas tu menapak balik ke hotel... lebih kurang 1km kot dari pontian bowl... solat isya', terus tidur...

Sunday, March 25, 2007

 

unplanned training..?!

looks like my resolution to run again has been blessed...
after 2 days of leave, i rode to work on saturday morning...
motosikal tiba2 meragam... about 100 mtrs from BP (nope.. BHP now!) petrol station before the exit to giant plentong... warm up...?! tolak motor ke BHP tu, check plug, tambah 2T... selepas exercise tujah kaki lebih kurang 50 kali, yamaha sports 100 tu hidup... fuh... peluh dah mula muncul sikit2... the time was around 6:30am!

teruskan perjalanan ke tempat kerja... about another 90km to go! bawak pelan2...
tak sampai 3km selepas itu, sebaik shj melepasi flyover under construction dekat carrefour... motor mati lg... lagi sekali bukak plug... ketuk2 sikit, baca jampi serampah sikit... pasang balik, exercise tujah kaki lg... tak sempat nk bilang berapa kali... tp baju mmg dah berjeruk kat bawah raincoat givi tu... tak nak hidup kali ni... hello kat hj malik... sambung cuti lagi sehari.

tinggal motor kat tepi hi-way tu, then went for a morning walk... sempat gak snap gambar utk teka-teki... (akan dipostkan kemudian, kalau teringat!) walked to tmn johor jaya for breakfast kat najihu... terserempak ngan kawan... tolong temankan breakfast.

looked for motorycle workshop in tmn johor jaya... couldn't find one. walked back toward carrefour, smart. finally, located one slightly after pasar borong smart. bought 1 spark plug... denso. returned to motorcycle. distance covered... more than 3km?!

tukar plug... exercise tujah kaki lg... tak nak hidup jugak! shiyouganai... tolak ke kangkar tebrau... keluar habis peluh jantan, peluh betina... beg galas yang beratnya lebih kurang 1 kg tu terasa macam dah jadi 10kg! ada dalam 5km kot... tak pasti... dah lost sense of distance...

sampai kat kedai motor tu, pomen bukak enjin... enjin dah jammed! tak sampai 3 minggu lepas, baru jer overhaul enjin...

called mama suruh pick up... balik rumah, sambung kerja2 translation yang semakin hampir kepada tarikh akhir yang dijanjikan...

gokurousamadeshita...
a good unplanned training for my body and mind to face the ultimate challenge...marathon / triathlon...
gambaruzo!

Friday, March 23, 2007

 

daripada beri kat kedai, baik masuk poket sendiri...

keahlian pak cik dalam mymode dah diluluskan...

Assalamualaikum / Salam Sejahtera WAN AZAMI BIN WAN IDRIS,

Keahlian anda di Prepaid4U.Net telah diaktifkan. Ini bermakna anda kini merupakan Ahli VIP dan telah sah menjadi Agent Mymode.

Berikut adalah maklumat anda :

Nama : WAN AZAMI BIN WAN IDRIS
Email : bangaobangao@yahoo.com
Userid : wawi88
No HP : 0167451301
Status : Ahli VIP (Agent Mymode)
Web Replika : http://Prepaid4U.Net/index.php?id=wawi88

Promosikanlah website replika anda kepada rakan-rakan samada melalui email, sms, pamplet atau apa sahaja untuk memudahkan anda mendapatkan downline melalui website ini.


pagi tadi sempat jugak jog 5-6 km?... x-country?! track... jln shortcut drpd nusa damai tembus ke seri alam...
mama's comment: baba pegi jogging ke pegi mandi?
apa tak nyer... memang betul2 boleh perah jersi belanda yg pakcik pakai tu...
ni nak kena cari jam sebijik ni... dah lama betul lengan ni tak dibebankan dgn jam... henpon dah ada, wat apa nk pakai jam lg... redundant?!
g-shock dah 2 bijik jd arwah... lps tu jam nike yg morita-san (calsonic) bg as souvenir... masih bernyawa, tp tali dah putus... talinyer lak tu jenis pelik sikit... rasa cam tak der jer kat kedai... kalu ada boleh pasang tali jer... function utk runner mmg ada...

Labels: ,


Thursday, March 22, 2007

 

もう一回夢を追いかけよう…

pak cik memang lemah... tak tahan dugaan!
setelah 'dipancing' oleh seorang kawan lama... akhirnya pak cik terjerumus semula!

pak cik akan mulakan semula misi mencabar keupayaan fizikal dan mental sendiri...
marathon...
i ran full marathon (42.195km) twice! 1st attempt was in dec '93. 2nd attempt was a year later... 2007 tolak 1994... hmmmm... dah 13 belas tahun since my last marathon, and now i'm gonna do it again...?!

target: sub 4hrs!! (record: 4:18:53 (1st attempt); 4:08:17 (2nd attempt))...
ultimate goal: to participate and complete a triathlon!!

this morning, did some 7-8 km of jogging...!!

GAMBARU ZOOOOO!!!

Wednesday, March 21, 2007

 

Women - As Explained by Engineers - petikan daripada e-mel yg diterima...

got an e-mail from wan cina this morning...
no hard feelings, gals!


Women - As Explained by Engineers



Finally - an explanation of Women that makes sense to a man:
[]
[]
[]
[]

[]

Labels:


Monday, March 19, 2007

 

raut2 wajah dan suasana BBQ party di teratak pak cik

idea untuk mengadakan parti BBQ sebenarnya telah lama dibincangkan oleh 4 sekawan ishipower... akhirnya, setelah salah seorang geng meninggalkan ishipower (secara tergesa2..?), dan seorang lagi (saper ek..?!) akan menyusul kemudian, maka dengan izinNya... terlaksana jugalah majlis yang tak seberapa itu... di perkarangan teratak pak cik, tanggal 18hb maret 2007 masehi, bersamaan 28hb safar 1428 hijrah, selepas mentari terbenam...

inilah raut2 wajah mereka yang telah sudi hadir membawa berkat, serta suasana majlis tersebut...
(gambar ehsan abang usop... tima kasih banyak2! dan sori sebab terlupa langsung nak jadi cameraman sekejap... jadi, tak der la muka abg usop kita dalam gambar2 ni... maah banyyok wei!)




Labels:


Saturday, March 17, 2007

 

maner pegi lagi singgit... mana datang lagi singgit...

dua tiga hari lepas, pak cik dapat satu e-mel yang dikirim-lanjut daripada seorang kawan...

From: Wan Naman
Fwd: FW: cuba fikir...dah pening nih..

Ahmad miskin. Die takde duit.

Die nak beli baju yang berharga rm50.


Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25


so die pegi la nak beli baju tu.


masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm45.


die bayar then die dapat baki rm5.


die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1.



die tinggal rm3.



die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24.



so die hutang rm48.


die ade rm3 skarang.


rm48+rm3= rm51


sebenarnya, beberapa bulan lepas... pak cik ada terima e-mel dalam kategori yang sama...

Mana peginyer duit lagi singgit ???

Ada 3 orang member kamcheng pegi becuti kat pulau tioman... Sampai kat sana, dia orang pun pegi laa cari resort tempat persantaian dia orang barang semalam... Riki punya riki.... last-last dapat laaa satu resort yg sewanya cuma RM30 satu malam....

Since dia orang ni member kamcheng giler..depa pakat nak sewa satu bilik je & tanpa banyak soal..masing2 keluarkan sorang RM10...kira tong-tong 3 org laaa..... So bila dapat kunci jer...depa tanpa membuang masa terus jer pegi bilik.....

Lepas depa blah pegi bilik..... minah cun kat front office tu baru teringat yg laaa ni resort dia tengah buat promotion...so satu bilik cuma RM25 je...

Minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu... On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yg duit belen ada RM5... Mamat tu ada 3 org... camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg..??? Pikir punya pikir last2 mamat ni dapat idea...dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu... Then belen lagi RM2... dia ambik buat beli jajan...

Maknanya....
Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9....
Total depa bayar....RM9.00 x 3 =RM27...
Mamat bell boy tu amik RM2...so total semua sekali
RM27 + RM2 =RM29

Mana pegi lagi singgit....?????????????

Tu yang buat pak cik lupa diri kejap... penat peras otak nak selesaikan 'misteri duit hilang... misteri duit lebih' tu... sekali baca, memang terhairan sekejap... macamana boleh jadi macam tu pulak???!... tapi bila dah masukkan kepala tu ke 'overdrive mode', dah jumpa kat mana 'trick' dia... rasa nak sekeh kepala orang yang buat soalan tu pun ada... tapi pak cik angkat tangan, tabik kat si pencipta soalan tu... whoever he/she is...

Jadi pak cik pun balas la e-mel yang baru dapat tu...

Re: Fwd: FW: cuba fikir...dah pening nih..

huih... budak Ahmad nih... dah takder duit tu, beli baju bundle jer udah ler... 4 helai sepuluh ringgit! hutang ngan wan naman (WN) 5 inggit, ngan wan jepung (WJ) 5 inggit... dapat ler 4 helai! masuk gaji nnti, bayar la kat WN 5 inggit, kat WJ 5 inggit... settle! tak pening kepala...
nak dijadikan cerita... masa dia pegi kedai baju bundle tu, ada offer pulak dah... 4 helai 7 ringgit jer! baki 3 inggit... bayar utang dulu... WN singgit, WJ singgit! tinggal singgit lagi kat dia... jadi belen utang ngan WN ada lg 4 inggit, ngan WJ ada lagi 4 inggit... jumlah utang 8 inggit... campur ngan singgit hok ader kat dia... jadi la 9 inggit!! singgit lagi pah ke maner doh?

ha ha ha... kalu pening jugok lg, ghoyak ko kawe, nanti kawe bui 'penadol'...

peace!
WJ

p/s: sapa nak panadol, tolong beritahu...

Tuesday, March 13, 2007

 

dipetik daripada "http://bahasajepun.com/

pak cik malas nak menulis... (sebenarnya nak abadikan salah-satu daripada 'cinta' pak cik di blog ni!)
jadi pak cik copy n paste komen yang pak cik tulis di bahasajepun.com... (Fendi-sensei ajar bahasa jepun!... link kat sblh kiri sana nu!...)

ni dia... (sori la faiz-san! terpaksa tampal sekali faiz-san nyer soalan...)

9 hours ago

o0o0..arigato gozaimasu..

emm..wawi-san,kwn sy kta,klu seseorg tu nk bljr tlsn jpun, kna bljar tlsn hiragana dlu bru katakan n then kanji..btul ke?ye kata kna ikut mcm 2 coz hiragana adlh pling mdah,ktakana susah skit n kanji yg pling susah...btul ke kena bljr hiragana dlu?? brape hri biasanya seseorg tu bleh ingt tlsn hiragana? wawi-san dpt ingt tlsn tu dlm brape hri?

arigato...
2 seconds ago

hmmm... susah jugak nak jawab soalan faiz-san tu...

hiragana dengan katakana tu kira macam adik-beradik kembar dengan dua personaliti berbeza. hiragana tu lemah-lembut sikit, manakala katakana pulak agak tegap / tegas sikit... kalu ikut kamus, hiragana diterangkan sbg 'the cursive form of kana (Japanese syllabary)'; katakana pula 'the square form of kana'.

nak kata hiragana lbh mudah drpd katakana tu... hmmm... tak jugak kot... wawi rasa katakana lebih mudah nak tulis... mungkin lebih elok belajar hiragana dulu sbb hiragana lebih banyak digunakan...???

faiz-san tahu kan... bila nak guna hiragana, bila nak guna katakana? as a general rule... hiragana utk perkataan jepun asli; katakana utk perkataan yg dipinjam dari bahasa asing...

dan... yg ramai kita tak tahu ialah... kedua-dua hiragana dan katakana tu berasal drpd 'kanji' (chinese character)! setiap huruf kana tu ada 'kanji' yg 'melahirkannya... tp mungkin di peringkat permulaan ni, tak perlu ambik tahu sgt pasal tu kerana ditakuti akan terlalu membebankan...

berapa hari boleh ingat semua huruf tu?.... hmmm... it's depends on each individual... wawi dulu tak ingat berapa hari boleh ingat semuanya... lama jugak sebab masa belajar kat sekolah dulu tu... sensei masuk pintu depan, wawi keluar ikut pintu belakang... :) adik2, anak2 kat rumah jgn tiru cam tu pulak ye!
tapi kalau dah betul2 'jatuh cinta'... dan betul pulak cara2 nak 'menyintai'nya, satu hari tu mungkin la agak keterlaluan... satu minggu rasanya sudah cukup utk mengenali hiragana / katakana...

gomen ne, faiz-san... panjang lak jawapannya... begini la jadinya kalau dah 'jatuh cinta'.. :)

utk bacaan lanjut, boleh la google ke atau wiki... http://en.wikipedia.org/wiki/Hiragana

faiz-san, mina-san... gambatte kudasai!

Labels: , ,


Monday, March 12, 2007

 

promo mymasjid.com

mungkin ada yang sudah 'perasan'... jadual solat di sebelah kiri tu sudah berubah wajah! sebenarnya masa pak cik masukkan jadual yang sebelumnya tu (ihsan www.truthfinder.com), pak cik countercheck dengan waktu solat yang jakim keluarkan... ada lari sikit. Biasa la, sebab yang tu umum untuk seluruh dunia.
pagi tadi, masa menjengah ke blog hidet-san (blog dia kena block... terpaksa tutup... kesian hidet-san), baru ternampak jadual solat oleh mymasjid... so apa lagi, terus tukar la... cuma tak macam yang sebelum ni, di mana kita boleh paparkan jadual solat utk kawasan kita, yang mymasjid punya ni cuma boleh paparkan kawasan kl... utk kawasan kita, kena la klik "kawasan lain"...
website mymasjid tu pun ada macam2 info yang bermanfaat... pak cik tak explore lagi... ingatkan nak daftar jadi ahli gak nanti...

Thursday, March 8, 2007

 

hishashiburi da naa... blog o update-suru noha..

fuuuuh... lama sungguh pak cik tak update blog ni!
sibuk sikit la semenjak dua menjak ni...
load test utk hoist (mesin angkut) unit 20 beres petang tadi...
3 hari terkejar ke sana terkejar ke sini...
banyak happenings... memang pening, tapi alhamdulillah semuanya beres...
terima kasih banyak2 kat en razi (dosh johor), mr tan (technisearch), mr alan (paxton), en izham (rj), paei (rj), haji malik (tolong cover 2nd day petang... pak cik ada emergency - mensetsu ni itta),
pak wahab & pak brahim (transportation support), capt. vijay & mr chung (safety), mr romi nnneh (e&i - pembuka kunci isolation box), forklift operator (tak sempat nak tanya nama), paxton's team, serta semua yang menjayakan load test 3 hari ni....

bowling 10 pin selasa lepas (sempat lagi tu!)... dapat no. 2... oshii naa... mou choi yuushou dekiru toko datta! ramai otai2 tak turun...

ptg rabu tu, pegi interview kat calsonic (kilang lama...) seronok jumpa geng2 lama...
lama jugak duk pikiaq pasal offer diorang... terima jugak la...
so, from apr 2... akan bermula satu lagi rentak kehidupan baru...
semoga keputusan yang dibuat kali ini akan memberi lebih ruang untuk berjinak dengan 'dunia idaman' pak cik...

gambaru zo!

dari album lama - kenangan di calsonic semasa persinggahan pertama dulu... 3-4 tahun lepas?!
*pasukan jurubahasa / penterjemah...


*pak cik at work...


*semifinal pertandingan ping pong (vs mat ju)...


*final ping pong (vs veron)...


*naib juara jatuh kepada....

Saturday, March 3, 2007

 

またやっちゃった…

悩んだあげく、とうとう辞表だしちゃった。またその「逃げ心理」かよ!
Notis 2 minggu... settlekan load test unit 20 dulu, lepas tu hai hai bye bye la...
petang tadi boss kat kl office call... suruh pikir balik semula...
sori la boss... you've been very supportive all this while!
tapi tak dapek den nak nolong... dia mintak stay sampai hujung bulan ni...
okay la, memandangkan dia banyak tolong masa den dalam kesempitan...
so my last day in tg bin will be march 31st...
sedih gak nak tinggal kawan2 seperjuangan (di gelanggang bowling)...
nak wat camano... jauh sangat lari dari job scope yang asal...
terpaksa la cari lubang lain...

alhamdulillah... dapat satu job... boleh la cover untuk 2-3 minggu... in case tak dapat kerja yang apply kat kilang lama tu...

kalu tak dapat jugak, nampak gayanya kena gi rawang jugak la kot...

it's time to play my hunch!

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. *

* Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yg dikehendakiNya). *

At-Talaq:2-3

semoga Allah memberi kejayaan di dunia dan akhirat... amin

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]