Tuesday, March 11, 2008

 

balik kampung... ngundi

ambik cuti hari jumaat...
habis kerja pukul 5.30ptg, terus balik rumah... mama dah masukkan semua luggage dalam kereta. sekitar pukul 6.30ptg, bertolak ke besut...
"Subhanallazi sahkharalanaa haaza wamaa kunnaa lahuu muqriniin wa inna ilaa robbina lamunqolibuun."
(Mahasuci Allah yang telah menundukkan (kenderaan) ini bagi kami, padahal sebelumnya kami tidak mampu menundukkannya (iaitu menguasainya). Dan sesungguhnya kepada Rabb kamilah kami akan kembali.)

ikut sg tiram - kota tinggi - singgah makan di mersing/rompin. teruskan perjalanan... singgah solat di masjid balok, kuantan. sekitar pukul 12 tengah malam... halfway through... gilir-gilir pegang stereng dengan mama. jalan agak sibuk juga. nak lalu ikut jalan jerangau-jabor tak berapa berani malam-malam ni... jadi, ikut k.teganu... poster, poster, poster dan poster... bendera berkibar tegak... angin bertiup agak kencang di sepanjang perjalanan... tak der pulak kena tahan, minta IC... kereta plat johor tu... masa berhenti kat traffic light di k.teganu, ada remaja2 hulur beberapa poster, booklet... ada sekeping cd.

alhamdulillah... sampai di rumah mak sebelum subuh. mak kelihatan agak uzur...

lepas solat subuh, layan tidur... mata terasa berat yang amat.

abang aziz tinggal di rumah mak sekarang ni. minggu depan, majlis perkahwinan dia di melaka. sekarang ni, dia memang sibuk sikit la... maklumlah orang kuat parti...


petang lepas asar, abang aziz ajak pergi menjala ikan di alor tepi rumah. lama tak menjala. bawak alif daniel sekali. gaya tu ada, tapi jala tak nak terbuka. dapat la 5-6 ekor ikan sepat, patong? (sepupunya ikan puyu), tebrau...

masa abang aziz tebar jala untuk cucikannya sebelum balik, nampak dia terjun ke dalam alor. cepat-cepat berlari pergi tengok, sambil alif di atas bahu. abang aziz pegang seekor ikan haruan sebesar lengan... the biggest catch of the day!

pagi sabtu 8 mac... lepas sarapan, bertolak ke kota bharu. lalu ikut tok bali. kenderaan sesak di setiap kawasan pusat membuang undi. terus ke pengkalan chepa. sek keb dato' hashim 1. tunaikan tanggungjawab serta hak di saluran 4. lepas tu, ke bandar kota bharu. mama mengundi di dun kota lama. agak tertarik, ramai orang tionghua di khemah bulan hijau. ada amoi tu, berpayung hijau dengan lambang bulan putih... nampak macam peraih undi.

selesai melaksanakan tanggungjawab, singgah di pasar siti khadijah. beli bekalan nak bawa balik ke johor. lepas tu, singgah rumah kak ani - kakak sulung mama. rumah tu dah jadi mini zoo... dengan kucing baka persian, arnab, itik, kambing... alif seronok main dengan kucing-kucing tu.

balik ke rumah mak. malamnya, selepas tengok kekalahan tan fook/wan wah dan lee chong wei, tukar siaran... apa lagi kalau tak keputusan pilihanraya! tak follow sangat, sebab esok nak drive balik ke johor.

tengok surat khabar keesokan harinya, kelantan kekal di tangan PAS; kedah, pulau pinang, perak dan... selangor??! jatuh ke tangan pembangkang... hmmm... rakyat jelata telah 'bersuara'...

what came across my mind was... does the federal government has a sufficient supply of 'red tape' for the additional 4 states?

Sunday, March 2, 2008

 

4 bulan tak log in... password pun boleh lupa...

ermmm... memang dah agak masa start blogging dulu... kalu betting, memang dah menang!
typical gemini? huh... alasan lapok!
you just don't have a strong self-discipline! that's the actual thing behind this blog yg berhabuk... berkarat. tak yah la nak susah-susah cari alasan...

sejak bulan november tahun lepas, nani o yatta ka omoidashite miyou

hmmm... percubaan pertama ber'marathon' di bumi sendiri...
keputusannya: DNF, technically.
starting until around 25km - quite a good pace. (slightly overpace, kot)
nak wat camaner... tak ada tanda untuk buat pacecheck!
lepas 25km, tak tau whether it was a side stitch or what.. tangkap pinggang... langsung tak boleh nak lari... continue fast walk... memang training tak cukup pun!
alasan lain: depends only on mineral water to tackle 42km?! hilang akal... kalau ada isotonic drink ker apa ker, okay la jugak... masa kat jepun dulu, pisang and roti provided at every aid station / water station!! lepas ni kena belajar makan powerbar!

continue walking until 35~36km... banyak kali van JPA3, ambulan berhenti tanya... memang takder plan nak naik pong... terus jalan-jalan kat tengah hi-way tu... sambil borak2 ngan one indian man from klang, if i'm not mistaken... lepas tu, dia continue lari pelan2... i think, i was the last one on the route... yg lain dah naik van...
around 11.30am, trak JPA3 berhenti... driver dia bagi hand signal untuk naik trak tu... ingatkan diorang dah nak buka line tengah hi-way yg tutup utk marathon tu... so, panjat la naik ke dalam trak tu... that's the end of my first marathon in malaysia....

never mind... i'll try again next year. sambil tu, continue with weekend trainings...

---------------------------------------------------

kerja kat kilang pun boleh tahan jugak...
dah dipertanggungjawab untuk lead software section...
anak-anak buah ramai yg 'furukabu' - yg dah kerja kat situ berbelas-belas tahun...
perangai sorang-sorang pun boleh tahan jugak...
memang rasanya, i'm not fit for the post...
i just don't have the leadership quality...
i love to do troubleshooting at production line, but i don't like to be the leader...
what an irresponsible person i am!
now looking for job that i really want to do... translation.
even thinking seriously about becoming a freelance translator...

talking about translation, received an e-mail last week from a translation company in japan... i think they got my e-mail address through 'Translator's Cafe'. asking for quotation for a small translation project... japansese to malay. about 7,500 characters. after a few e-mails, the job confirmed. my first translation job from oversea! kinen-subeki dai-ichi-gou da!! korekara motto fuemasuyou inorishimasu.

the job done yesterday. took leave on friday to concentrate on the translation.

ha ah... lagi satu, pasal general election. while i am writing this blog, ada bunyi kecoh kat depan rumah tu... budak2 tengah pacak bendera, tampal poster la kot...

i'm planning to go back to my hometown this friday... menunaikan tanggungjawab sebagai seorang warga malaysia?! itu sampingan jer... nak balik jengok mak di kampung.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]