Tuesday, March 11, 2008

 

balik kampung... ngundi

ambik cuti hari jumaat...
habis kerja pukul 5.30ptg, terus balik rumah... mama dah masukkan semua luggage dalam kereta. sekitar pukul 6.30ptg, bertolak ke besut...
"Subhanallazi sahkharalanaa haaza wamaa kunnaa lahuu muqriniin wa inna ilaa robbina lamunqolibuun."
(Mahasuci Allah yang telah menundukkan (kenderaan) ini bagi kami, padahal sebelumnya kami tidak mampu menundukkannya (iaitu menguasainya). Dan sesungguhnya kepada Rabb kamilah kami akan kembali.)

ikut sg tiram - kota tinggi - singgah makan di mersing/rompin. teruskan perjalanan... singgah solat di masjid balok, kuantan. sekitar pukul 12 tengah malam... halfway through... gilir-gilir pegang stereng dengan mama. jalan agak sibuk juga. nak lalu ikut jalan jerangau-jabor tak berapa berani malam-malam ni... jadi, ikut k.teganu... poster, poster, poster dan poster... bendera berkibar tegak... angin bertiup agak kencang di sepanjang perjalanan... tak der pulak kena tahan, minta IC... kereta plat johor tu... masa berhenti kat traffic light di k.teganu, ada remaja2 hulur beberapa poster, booklet... ada sekeping cd.

alhamdulillah... sampai di rumah mak sebelum subuh. mak kelihatan agak uzur...

lepas solat subuh, layan tidur... mata terasa berat yang amat.

abang aziz tinggal di rumah mak sekarang ni. minggu depan, majlis perkahwinan dia di melaka. sekarang ni, dia memang sibuk sikit la... maklumlah orang kuat parti...


petang lepas asar, abang aziz ajak pergi menjala ikan di alor tepi rumah. lama tak menjala. bawak alif daniel sekali. gaya tu ada, tapi jala tak nak terbuka. dapat la 5-6 ekor ikan sepat, patong? (sepupunya ikan puyu), tebrau...

masa abang aziz tebar jala untuk cucikannya sebelum balik, nampak dia terjun ke dalam alor. cepat-cepat berlari pergi tengok, sambil alif di atas bahu. abang aziz pegang seekor ikan haruan sebesar lengan... the biggest catch of the day!

pagi sabtu 8 mac... lepas sarapan, bertolak ke kota bharu. lalu ikut tok bali. kenderaan sesak di setiap kawasan pusat membuang undi. terus ke pengkalan chepa. sek keb dato' hashim 1. tunaikan tanggungjawab serta hak di saluran 4. lepas tu, ke bandar kota bharu. mama mengundi di dun kota lama. agak tertarik, ramai orang tionghua di khemah bulan hijau. ada amoi tu, berpayung hijau dengan lambang bulan putih... nampak macam peraih undi.

selesai melaksanakan tanggungjawab, singgah di pasar siti khadijah. beli bekalan nak bawa balik ke johor. lepas tu, singgah rumah kak ani - kakak sulung mama. rumah tu dah jadi mini zoo... dengan kucing baka persian, arnab, itik, kambing... alif seronok main dengan kucing-kucing tu.

balik ke rumah mak. malamnya, selepas tengok kekalahan tan fook/wan wah dan lee chong wei, tukar siaran... apa lagi kalau tak keputusan pilihanraya! tak follow sangat, sebab esok nak drive balik ke johor.

tengok surat khabar keesokan harinya, kelantan kekal di tangan PAS; kedah, pulau pinang, perak dan... selangor??! jatuh ke tangan pembangkang... hmmm... rakyat jelata telah 'bersuara'...

what came across my mind was... does the federal government has a sufficient supply of 'red tape' for the additional 4 states?

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]