Monday, May 28, 2007

 

training kat pulau sibu...?

huih... tengok tajuk tu, memang gempak siol...
pegi lepak kat pulau, bawak family...
plan nak lepak 2 malam, tapi ada masalah teknikal sikit... so satu malam jer la..

bot datang pick up kat jeti tg leman... just 3 of us! it took about 15-20 minutes to reach the resort - sea gypsy, pulau sibu besar?!

lepas check in terus bawak si hantu air ke pantai... chalet betul2 tepi pantai...

malam, baba makan spaghetti bolog... mama makan nasi goreng... alif kongsi spaghetti dengan baba... ada budak melayu, chef?! kat chalet tu kot, dia bagi alif satay 5-6 cucuk...

pagi ahad... pukul 6.30, tapi kat luar dah cerah... pakai tight, track bottom, baju...
sementara alif masih tidor, keluar jogging kat tepi pantai... fuuh... bestnyer! zeitaku da yo.. pantai tu lebih kurang 1 km lebih sikit kot, panjangnya... sempat la 3-4 laps sebelum alif bangun tidor...

layan alif kejap... mintak tolong mama tengokkan alif, baba pergi swimming... lama betul tak berenang... tapi still boleh berenang lagi... dulu kan wakil sekolah swimming & water polo... dulu tu, dua puluh tahun lepas punya cerita da...
dalam 1 km jugak kot... freestyle, breast stroke... ada jugak la tertelan air masin tu...

lepas breakfast, layan alif mandi laut lagi... dah boring, dia pegi balik chalet... baba sambung lagi training 'kicking' breast stroke... bola soft volleyball yang bawak dari rumah jadi pelampung... risau gak... takut cramp kat dalam air tu...

rasa penat, lepak berjemur dalam air... bola tu buat pelampung... boleh terlelap sambil terapung tu...

pukul 4:30 lebih bot hantar ke jeti tanjung leman... kali ni full... kebanyakannya mat / minah saleh datang scuba diving, yang bawak family santai ke pulau...

Friday, May 25, 2007

 

one and half hour more to 36...

Got birthday card from jobstreet...


I notice your birthday is coming up on 26 May 2007.

Here is a big HAPPY BIRTHDAY from all of us at JobStreet.com, and we wish you many many happy returns! HAPPY BIRTHDAY!!!

Thank you for being a JobStreet.com member and we wish you all the best in your career and a great year ahead.

Best regards,
LiNa, JobStreet.com



pagi tadi tak sempat nak morning walk...
hari ni satu hari terkejar dgn translation on design control standard...
nak attend masalah parts supply shortage la...
call jepun pasal SAP problem la...
feel like i don't fit in well here...
i can't play to their game...
but it's too early to play to my game here...
take a deep breath...
don't lose your temper...

Thursday, May 24, 2007

 

nanka... yamitsuki ni narisou...

pagi tadi, seperti juga pagi semalam... keluar rumah awal sikit...
sampai kat area bukit layang2 lbh krg pkl 7.30... boleh la ambik angin dalam 15 minit...
pagi ni ada beg kecik bergalas di belakang... dengan hulu raket badminton terjulur keluar... macam pedang samurai. risau jugak takut ada orang telepon polis ke... cakap ada jepun nak mengamuk kat tmn bukit layang2 ni...

pagi ni ambik pusingan sederhana besar... belajar dari kesilapan lampau! (lampau apa ke mender nyer... baru semalam!) lebih kurang dalam 15 minit jugak la... kimochi yokattaaaa...

sampai opis, just nice... muzik utk senaman ringan sebelum mula kerja baru nak dimainkan...

satu hari terkejar nak siapkan dokumen yang miyamatsu-san mintak tolong terjemahkan... pukul 5 lebih sikit, barulah siap...

5.45 wan syukri telepon... tolong peringatkan supaya turun gelanggang awal sikit. dah shut down komputer, berkira-kira nak balik dan terus ke TS Sport Complex, ada org career medi telepon... lama juga duk layan dia tu...

badminton... dapat sewa 2 court. budak2 pun tak seramai minggu lepas... boleh la main 3-4 game... berjeruk la jugak baju tu...

Tuesday, May 22, 2007

 

sempat lagi tu...

pagi tadi, keluar rumah sekitar pukul 7.25... not so crowded.
sampai kat area tmn bukit layang2, tengok jam hp pukul 7.35... awal lagi. dari situ ke kilang tak sampai 5 minit pun rasanya. lagipun sekarang ni tak perlu lepak kat kantin pekena rokok sebatang dulu sebelum naik ofis... actually sekarang ni tengah berusaha melawan nicotine withdrawal symptoms... today is the third day my lungs thanking me for not exporting toxical substances to their place... actually this was one of the hidden agenda when i decided to take up running again... focus on and expand your strength (what you are good at), and gradually you will conquer your weakness...

i decided to park my yamaha sports 100 at the roadside, take off the helmet and go for a short morning walk. Enal engineer nampak aku berhenti kat situ, dia pusing balik skuter dia... mungkin dia ingat motor aku rosak ke habis minyak lagi ler tu... aku bagi isyarat, aku nak pusing bukit layang2 dulu... dia terus pecut ke kilang. thanx anyway, enal!

ingatkan nak buat pusingan kecil jer... tapi tengok jam, ada masa lagi, so ambik laluan tepi tasik... alamak! tersalah budget la pulak... 7.52 sampai balik kat motor, terus start enjin, pecut ke kilang... lupa nak tengok jam masa punch-in... ngam2 pukul 8 kot... naik ke opis, senaman ringan pagi dah selesai... masing2 dah mengadap PC...

puas hati... kira rasa macam nak berpeluh jugak la... boleh diteruskan untuk hari2 berikutnya ni...

komatta mon danaa...

Sunday, May 20, 2007

 

suatu pagi di mana perancangan menjadi kenyataan...

2-3 minggu lepas, pak cik ada tulis pasal pantai pasir layar yang terletak kira2 20km dari rumah... providing an option in selecting training routes.

so pagi tadi, about 7:27am (according to my hp time), pelan2 tarik basikal keluar... let's try pantai pasir layar!!

kayuh pelan2 lalu depan kolej komuniti tebrau > politeknik > roundabout tmn scientex > cahaya masai (2 ups & downs) > turn left into kota masai bacang > hi-way baru tembus ke tmn pasir puteh. srk tmn pasir puteh ada buat sambutan maulidurrasul. tengok jam h/p 7:57... setengah jam berlalu. terus lagi kayuh sampai simpang 3 (tg langsat / kg pasir puteh). kereta motor tak banyak pagi ahad ni. uphill dekat area titan chemical ke whitehorse ceramics... pergh! boleh tahan jugak... maklum la, dah start puffing.

lepas whitehorse ceramics tu, all the way flat road... no obvious up / down. sampai kat pantai pasir layar 8:28am... ngam2 satu jam. tak de rasa penat sgt... mungkin sebab cuaca macam berjerebu sikit... bayu pagi pun choudo ii... kimochi yokatta!

aku dua-tiga kereta parking kat tepi pantai... air surut la... tak dok gamok tengok selut hitam!! a group of 15-20 boys/girls tengah seronok bersenam... rasanya budak2 pelayar tu... diorang tengah exercise sambil tunggu air pasang kot...

pak cik parking basikal kat tepi pantai tu dan buat stretching dlm 15-20 minit...
lebih kurang 8:45, kayuh balik semula. dah mula rasa penat masa nak naik bukit sebelum sampai ke tmn pasir puteh... majlis maulidurrasul masih berjalan. terus lagi ikut route masa datang tadi... sampai ke simpang 3 jln bacang tu, aduss... nak ke kiri ke nak ke kanan...? lebih kurang jer... dua2nya tu, keluar simpang kena kayuh naik quite a steep uphill... ambik kiri la... nak singgah kedai runcit kat depan tu, cari air. turunkan gear belakang 2-3 step, standing riding la... nak boleh sampai ke puncak (distance about 100-150m jer), pergh... rasa macam nak pecah otot peha.

singgah beli isotonic drink, asam sebungkus dan kismis sekotak... teguk air sekerat tin, sambung lagi... another 2-3km to go. lalu belakang jiason, ada steep downhill > depan econsave > belok kanan > belok kiri ke tmn nusa damai... sampai rumah pukul 9:57?... lebih kurang la... 2 jam lebih atas basikal... minggu depan boleh try sekali lagi kot...

nasik lemak dah siap menunggu dalam periuk... thanx mama. hari ni, sambal bilis memang secukup rasa.. the best in recent years... selalunya pun sedap jugak, tp hari ni punya memang marvellous. self service, makan kat bangku di porch.

lps mkn, lepak2 baca buku lama ("LATIHAN Satu Halacara professional - Wan Azmi Ramli") sambil baring2 atas bangku... sambung lelapan atas sofa... alif mengamok nak pegi rumah din.. nak ngacau kak erin la tu... pak cik buat keluar khemah dari dalam stor. lama sungguh tak guna... pasangkan khemah bawah porch... alif masuk kejap, lepas tu keluar gi mana ntah.. pak cik yang terlelap kat dalam khemah muatan 4 orang tu...

petang, lepas asar pegi rumah ana - kawan mama kat dalam ladang kelapa sawit sebelum sampai kong kong. pegi cari buluh... mama nak buat hiasan.

malam chef wan masuk dapur... masak maggi asam laksa... tumis bawang putih + bawang merah, carrot, kobis. bubuh udang kering sikit... yummy! lama tak makan maggi! masak 2 bungkus... kongsi nga mama n alif... rasa macam tak cukup pulak. he he he

 

energy level low... personal year end?

kebelakangan ni tak berapa bersemangat la cik mon...
energy level low... lampu kat dada dah berkelip2! (ultraman ka omae wa?!)
take it as fenomena biasa towards the end of personal year... next week dah masuk tahun baru peribadi! hope can get semangat baru la...
last week, nothing much to boast... try jog sekejap pagi sabtu tu, left ankle rasa tak sedap... macam ada sharp pain... kesan2 terseliuh dulu2 la rasanya. oh ya, that was before going to bowling tournament (organized by ccm sports and recreation committee). Captain tak dapat datang last minute pulak tu... cari budak nak ganti tempat tu, tak ada la pulak... at the end, lain2 team members pakat gilir2 baling utk turn captain tu... ada sedikit terganggu konsentrasi la... alasan! lane kat ampang bowl leisure mall jb quite okay... 32 lanes. pernah main kat situ sekali... 2-3 tahun lepas kot... keputusannya... team memang out; untuk individu pun, tak de harapan... 149-151! habis jer tournament terus cabut... tak larat dah mma nak layan mat alif. kat tengah jalan, teringat sweater oren kesayangan tertinggal kat kerusi di ampang bowl. hello kat enal engineer, mintak tolong dia bawak balik... pagi isnin, sampai kat meja tengok ada trofi kecik... 7th individu! he he he... dapat jugak rupanya! boleh la buat kenang-kenangan...

pagi tadi, pegi kerja (OT) naik basikal... dah jadi rutin kalu gi kerja hari sabtu... berpeluh la jugak nak boleh sampai ke kilang tu... about 20-25 minutes cycling. balik pukul 1... tengah2 hari buta kayuh basikal... mesti diorang cakap "ni mamat vietnam mana pulak ni?!"...

petang, ke taman bawak mat alif sepak2 bola... tengah syok melayan mat alif, hujan turun.... lebat jugak la! berteduh kat bawah pondok sambil makan aiskrim. tapi 'hantu air' tu sanggup lepaskan aiskrim sebab nak main hujan! bagi hujan turun dulu sekejap, lepas tu terpaksa lepaskan mat alif... selamba jer dia main gelongsor dalam hujan... pak cik pun join sekaki la... syok jugak. lama tak main hujan. buaian pun dah kosong... mana ada manusia pelik nak main buaian dalam hujan ni. so, they're all ours! lama jugak layan mat alif main buaian dalam hujan... dah reda sikit.

balik rumah... as expected, mama "adik main hujan ker ni, berjeruk ni?!"
"adik main buai..!" (ye la... main buai dalam hujan!) terus mandikan, basuhkan kepala betul2... as pukul 11 tadi, still okay...

hmmm... dah pukul 2 lebih... manchester united vs chelsea... ada live ke tak kat tv free ni... cukup dulu la...

 

Otak pak cik warna biru?! (jumpa kat blog kak siti)




Your Brain is Blue



Of all the brain types, yours is the most mellow.

You tend to be in a meditative state most of the time. You don't try to think away your troubles.

Your thoughts are realistic, fresh, and honest. You truly see things as how they are.



You tend to spend a lot of time thinking about your friends, your surroundings, and your life.

What Color Is Your Brain?

Wednesday, May 2, 2007

 

imej lama tak boleh hilang...

back to office after 3-4 days of long holidays...
pagi2 lagi miyamatsu GM datang ke meja dengan sengih2 dia tu la...
"wan-san, warui kedo... kore chotto yakushitekurenai?" ada 3 pages procedure dalam bahasa jepun nak kena translate ke english... pak cik tak kisah sangat... seronok pun kalu dapat buat kerja2 translation ni... cuma, kerja2 purchasing tak sempat nak belajor... baru ni dapat gak belajar serba sikit dari sifu md noh... belajar SAP system la... yang lain2 pun banyak lagi kena belajor! abis tu nak wat camano... dah memang imej pak cik sebagai translator selama hampir 3 tahun dulu amat terkesan... ni dah masuk sbg purchasing officer pun, kalu ada dokumen2 yang perlu diterjemah, memang pak cik la yang dicari dahulu...
pukul 5.45, siap 2 pages... ingatkan nak layan sampai habis, tapi hari ni hari rabu... hari badminton! cari 'ain hasan'?!... stop jer la kat situ... lebih kurang pukul 6... terus cabut. balik rumah dulu, solat asar... lepas tu bawak alif pegi TS sport complex... petang ni tak ramai sangat budak2 turun... 7-8 orang... sempat la main 2 set... cukup la utk keluar peluh... dan sebagai stamina training... last2 tu, dah tak ada orang... rahmat ajak main single... baru 4-3, dah give up... pancit... dia la, bukan pak cik! he he he... kalu ikut stamina level pak cik sekarang, boleh lagi rasanya nak habiskan set tu... tapi, masa pun dah nak habis...

 

new discovery?!

may day... hujung bulan (ikut kalendar bajet pak cik la!)
banyak aktiviti yang nak dibuat, tapi poket tak begitu mengizinkan... what to do...
last night, mama ajak gi mandi laut... desaru la... pantai yg boleh mandi, yg terdekat ngan pasir gudang ni... kat mana lagi?!
wait seminit ah... banyak kali dah terpandang signboard "pantai xxxxx..." kat area jalan keluli nun (pantai ke menda ntah. sebab pandang jer... bukan tengok, bukan perhati!). so pagi ni, start kereta (bukan pakcik yg start, tapi alif... skrg ni, tak boleh org lain bukak pintu ataupun start enjin kereta. semuanya "adik buat!". dah start enjin, sibuk la bukak aircond la, bukak radio la... adusss... poning kepalo baba!), and here we go! the destination... that 'pantai xxxxx...'. it was 'pantai pasir layar'! heading towards pelabuhan tanjung langsat... and the pantai actually sebelah pelabuhan tu jer! have been to the port last year or last two years, but at that time, belum ada pantai lagi... hutan pokok bakau! dari mana dan bila masanya diorang angkut pasir pegi timbun kat situ tu??? lama sangat tak ikut perkembangan semasa... pantainya okay la... pak cik belum sampai tahap desperate lagi... so tak le berenang... cuma kena layan alif yg terkedek-kedek macam anak itik jumpa lopak air... "baba, berenang!" dengan gaya tangan macam berenang freestyle! ada 4-5 buah kereta jugak la...
lama jugak duk melayan alif mandi laut! mama jumpa kulit(kerang) belangkas... wat balik nak buat perhiasan! mama betul2 kreatif skrg ni... dalam rumah dah penuh ngan pokok2 hidup... bubuh dalam gelas2 yg dapat masa majlis perkahwinan dulu (9 tahun lebih tersimpan dalam kotak... baru skrg berpeluang melihat dunia... atas kreativiti mama!) mana ntah dia jumpa gel warna2 untuk tanam pokok dalam gelas tu... lagi satu hobi / skil baru mama ialah buat raga guna kertas surat khabar... dah siap 4-5 bijik dah... siap bubuh shellac tu... cantik gak... ada macam2 bentuk... bila dah terer sat lagi boleh bukak kedai kot... at least bukak online shop ke... okay gak tu... pakcik pun teringin nak cuba gak... dah ada design dalam kepala ni... cuma belum ada masa yang sesuai...
dan yang paling penting hari ni... the new discovery was 'one good route for cycling or LSD training'! distance from home to the pantai is about 20km... jalan pun okay, not that hilly... just nice for training... kalu desperate sangat nak training swimming for the triathlon pun boleh gak kot... he he he... kalu cycling, boleh to and fro... 40km! kalu nak running, belikan mama joran sebatang, let her drive to the pantai with alif... pakcik boleh run slowly there! wow! perfect scenario!
感謝!感謝!感謝!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]