Sunday, May 20, 2007

 

suatu pagi di mana perancangan menjadi kenyataan...

2-3 minggu lepas, pak cik ada tulis pasal pantai pasir layar yang terletak kira2 20km dari rumah... providing an option in selecting training routes.

so pagi tadi, about 7:27am (according to my hp time), pelan2 tarik basikal keluar... let's try pantai pasir layar!!

kayuh pelan2 lalu depan kolej komuniti tebrau > politeknik > roundabout tmn scientex > cahaya masai (2 ups & downs) > turn left into kota masai bacang > hi-way baru tembus ke tmn pasir puteh. srk tmn pasir puteh ada buat sambutan maulidurrasul. tengok jam h/p 7:57... setengah jam berlalu. terus lagi kayuh sampai simpang 3 (tg langsat / kg pasir puteh). kereta motor tak banyak pagi ahad ni. uphill dekat area titan chemical ke whitehorse ceramics... pergh! boleh tahan jugak... maklum la, dah start puffing.

lepas whitehorse ceramics tu, all the way flat road... no obvious up / down. sampai kat pantai pasir layar 8:28am... ngam2 satu jam. tak de rasa penat sgt... mungkin sebab cuaca macam berjerebu sikit... bayu pagi pun choudo ii... kimochi yokatta!

aku dua-tiga kereta parking kat tepi pantai... air surut la... tak dok gamok tengok selut hitam!! a group of 15-20 boys/girls tengah seronok bersenam... rasanya budak2 pelayar tu... diorang tengah exercise sambil tunggu air pasang kot...

pak cik parking basikal kat tepi pantai tu dan buat stretching dlm 15-20 minit...
lebih kurang 8:45, kayuh balik semula. dah mula rasa penat masa nak naik bukit sebelum sampai ke tmn pasir puteh... majlis maulidurrasul masih berjalan. terus lagi ikut route masa datang tadi... sampai ke simpang 3 jln bacang tu, aduss... nak ke kiri ke nak ke kanan...? lebih kurang jer... dua2nya tu, keluar simpang kena kayuh naik quite a steep uphill... ambik kiri la... nak singgah kedai runcit kat depan tu, cari air. turunkan gear belakang 2-3 step, standing riding la... nak boleh sampai ke puncak (distance about 100-150m jer), pergh... rasa macam nak pecah otot peha.

singgah beli isotonic drink, asam sebungkus dan kismis sekotak... teguk air sekerat tin, sambung lagi... another 2-3km to go. lalu belakang jiason, ada steep downhill > depan econsave > belok kanan > belok kiri ke tmn nusa damai... sampai rumah pukul 9:57?... lebih kurang la... 2 jam lebih atas basikal... minggu depan boleh try sekali lagi kot...

nasik lemak dah siap menunggu dalam periuk... thanx mama. hari ni, sambal bilis memang secukup rasa.. the best in recent years... selalunya pun sedap jugak, tp hari ni punya memang marvellous. self service, makan kat bangku di porch.

lps mkn, lepak2 baca buku lama ("LATIHAN Satu Halacara professional - Wan Azmi Ramli") sambil baring2 atas bangku... sambung lelapan atas sofa... alif mengamok nak pegi rumah din.. nak ngacau kak erin la tu... pak cik buat keluar khemah dari dalam stor. lama sungguh tak guna... pasangkan khemah bawah porch... alif masuk kejap, lepas tu keluar gi mana ntah.. pak cik yang terlelap kat dalam khemah muatan 4 orang tu...

petang, lepas asar pegi rumah ana - kawan mama kat dalam ladang kelapa sawit sebelum sampai kong kong. pegi cari buluh... mama nak buat hiasan.

malam chef wan masuk dapur... masak maggi asam laksa... tumis bawang putih + bawang merah, carrot, kobis. bubuh udang kering sikit... yummy! lama tak makan maggi! masak 2 bungkus... kongsi nga mama n alif... rasa macam tak cukup pulak. he he he

Comments:
Hello,
Lilly nak mintak tlg translate ni boleh tak?
皆さん。。。さよなら。。色々ありがとうございました。。1年ぐらい一緒にここで。。本当に楽しかったです。。。うれしいです。。。皆。。。気おつけてね~~~

あいがとう!!!。。さよなら!!!

Apa ya maksud dia?
 
Kombanwa, Lilly-san.

Maknanya lebih kurang cam ni...
Awak semua... selamat tinggal.. terima kasih di atas segalanya.. lebih-kurang 1 tahun kita bersama di sini.. saya betul-betul seronok... saya gembira... awak semua... jaga diri ya~~~

terima kasih!!!.. selamat tinggal!!!
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]