Monday, February 26, 2007

 

ちょっと戸惑っているなあ

今の仕事が段々いやになってしまう。翻訳・通訳のポストだから応募して、入社したんですけど、最初はよかった。一人のマネージャに付き添って、通訳や通訳の仕事をやっていた。その時は楽しかった。しばらくして、そのマネージャが心臓の問題で帰国しちゃった。それから翻訳・通訳の仕事がぐんと減って、品管・品証の部門やPermittingの手伝いをやった。たまに「災害報告書」の翻訳が頼まれた。

その後、Permitting Coordinatorが辞めさせられて、その仕事を受け継いでくれと所長に命令された。仕方ないから、経験なしでも頑張っている。段々エスカレートして、Planning, QSの仕事も手伝うようになっちゃた。完全に便利屋になってしまう。もう翻訳・通訳の仕事がほとんどなかった。何か寂しくなってしまう。日本語を使うチャンスがなくなっていくと、どうしても不安になる。

ある先輩から、通訳の仕事やらないかと誘われた。やっぱり俺は翻訳・通訳の仕事がやりたい。でも、給料の方は半減になる。もし独身だったら、もうとっくに辞表を出しちゃったと思うけどなあ。今は女房と可愛いせがれがいるもんで、慎重になっちゃうもんだ。

どうか道が開けますよう祈ります。

 

ini dia rupa pak cik... he he he

lama sungguh tak update blog ni...
berabuk tu tak la... sebab datang jenguk selalu...
ni dia hasil kerja amir-san...


Saturday, February 17, 2007

 

cari2 hadiah untuk wedding anniversary...

hari ni anniversary, hari ni jugak la baru nak cari2 hadiah untuk mama...
tabiat... suka sangat buat kerja last minute...
cuba google search...
ternampak la satu blog tu... karikatur...
hmmm... why not?
terus tengok blog tu... call tuan punya... amir-san
taiou ha naka naka yokatta...
terus tempah... minggu depan baru siap...
sori la mama....

p/s: link ke blog sdr amir tu dah letak kat tepi tu...
senang nak gi jamu mata...

Friday, February 16, 2007

 

9TH ANNIVERSARY

pernah sekali pak cik tanya mak cik... kalau tak silap masa 7th anniversary...
"lama tak rasanya tempoh masa 7 tahun ni?"
bila ingat balik, pak cik rasa pak cik tak patut tanya macam tu...
gomen ne, mama.

baru 9 tahun atau sudah 9 tahun... usia mahligai yang dibina... kalu cat dulux weatherbond, tak tahu la... masih bercahaya macam baru lagi ke tak, atau dah berapa kali kena cat baru...
it was just like yesterday...
masih ingat lagi malam upacara akad nikah di rumah ustaz kob (ayah kepada Adabi yang kerja dengan Tg Bin Power ni. Ada bau-bau bacang jugak la dengan keluarga mama (mak cik).)

budak2 kat kilang jeling2 tengok love bites kat tengkok pak cik... mana tak nyer... upacara akad nikah tidak diumumkan kepada khalayak... cuma abg daud 'kama' dijemput sbg wakil kilang tempat pak cik & mak cik kerja... sebab pak cik menyewa di rumah sewa dia... petang sebelum upacara tu pun, pak cik & mak cik kerja macam biasa... kalu tak silap petang tu pak cik bagi training kat sekumpulan supervisor... tengok video pasal 5S ke VE (value engineering)...
very well kept secret until 'bekwoh' ceremony somewhere in May that year...

antara kenangan yang masih segar:
"kereta mini"... syyyyy!
honeymoon di air terjun stong...
miscarriage... masuk hospital kota bharu...
naik motor kawasaki vulcan (pinjam nak sedara punya) dari kb ke kuantan, naik kl... lepak rumah abg ki kat puchong... lepas tu naik cameron... tido kat sana satu malam... singgah kuala kangsar tengok alma mater pak cik... balik ikut lebuhraya timur-barat
banyak lagi kenangan...
kenang yang manis2 je la...
yang pahit tu simpan buat sempadan...

sambung lagi lepas cuti tahun baru cina...

Wednesday, February 14, 2007

 

bangau oh bangau... tak sempat nak sambung lagi

hari ni 14hb februari...
sori, pak cik tak sambut valentine's day...
kalu nak ucap 'saya sayang awak' tu, tak yah nak tunggu 14 feb...
tapi, tu la kebanyakan kita (kita tu siapa? termasuklah pak cik!) dah jadi tabiat...
nak mintak maaf, tunggu hari raya dulu...
nak baca buku, tunggu kempen bulan membaca dulu...
.... nak senyum pun, kena tunggu minggu kempen senyum dulu... kwang kwang kwang kwaaaaang...

lusa will be our 9th wed anniversary...
ingat nak scan wed photos... lps tu letak kat sini sebagai kenangan...
tak tahu la sempat ke tak... quite busy lately... nak sambung cerita bangau oh bangau pun tak sempat...

tapi, aktiviti lepas tension i.e. main boling masih berjalan...
malam semalam, pegi hayun sorang2... perabihkan free coupon yg dapat minggu lepas... campur dengan free coupon yg wan cina bagi... dia dapat masa top up kredit phone kat jln bakek. banjor ngan tj balik kampong... banjor telepon masa pak cik tengah layan boling tu... dia cakap dah sampai pontian... kat kedai tayar... tukar tayar baru lagi... berjangkit ngan penyakit azuanyer@puaker yg gila kereta...

malam tadi, 10 pin weekly tournament... main kat lane 9-10, sekali ngan uncle lek, ckk & syam. uncle lek tak menjadi... ckk tarik diri masa last game... syam maintain biasa2... pak cik? ntah ler... kedekut betul lane tu nak bagi strike... main spare jer... sekali2 strike... sekali2 'koyak'...
159-181-197... no.6 lagi! dah 2 minggu berturut2 dapat no. 6 ni... sabor jer la...

banjor (SAR) pun flopped 1st game... tj boya sampai daripada kemamang pukul 10.30 lebih... tournament dah start... abang usop kat boiler unit 10 buat lux test!

ni gambar taman bunga mama...
yang ni... petang ahad lepas


yang ni pun... ptg ahad lps... tak perasan bila mama beli pokok ni... quite nice!


yg ni... beberapa bulan lepas!


yg ni... beberapa bulan akan datang??? (snap kat kedai bunga) ingatkan nak buat sendiri... tp kesuntukan masa...

Monday, February 12, 2007

 

alhamdulillah... 'majlis doa selamat' selamat diadakan

dah setahun lebih tertangguh, akhirnya majlis tahlil ringkas serta doa selamat selamat diadakan malam tadi di pondok pak cik... alhamdulillah
majlis tersebut telah diketuai oleh tuan imam surau an-nur, tmn nusa damai. sekitar 50 ~ 60 orang telah meluangkan masa untuk menghadiri majlis ringkas tersebut - terdiri daripada ahli-ahli jemaah surau, jiran-jiran serta rakan taulan. setinggi penghargaan buat semua yang telah hadir membawa berkat ke pondok pak cik. pok nik adli - duduk kat kota masai, kejer sekali di pengkalan chepa lebih kurang 10 tahun lepas... pun ada datang dgn orang rumah dia. lewat sikit sebab pergi hantar anak sedara ke adik ke utm skudai katanya...

mama telah membuat persiapan awal2 lagi...
balik dari pontian petang sabtu tu, lepas solat maghrib terus keluar beli barang2 keperluan majlis yg mama belum sempat belikan. singgah dulu makan kat restoran sebelah kedai motor - kedai yang baru dimasukkan ke dalam senarai - rasa ok, harga pun agak berpatutan.

lepas makan terus ke econsave yg terletak tidak sampai 2km drpd rumah. mama yg cari semua barang2 yg diperlukan, pak cik cuma layan alif... daging, beras, tembikai, kacang panjang, dan lain lagi.

balik rumah, terus tolong mama siangkan daging... nak masak gulai kampung. alif pun sibuk nak tolong sama... naik tidurkan dia dulu, baru boleh buat kerja. lepas tu kupas kentang dan potong dadu... untuk dibuat inti karipap. dekat pukul 1 kot baru naik tidur.

pagi ahad... terpaksa korbankan aktiviti mingguan demi membuat persiapan majlis malam nanti. sementara alif masih lena, keluar pegi ezral sekejap... beli nasi kerabu 2 bungkus. lepas sarapan, belah kelapa 5 biji... belah kelapa ni pun nak kena caranya jugak... kalau tak kena cara, pecahnya tak sekata... susah pulak nak mesin nanti. lepas mesin kelapa, sambung pulak buat karipap. pak cik suka buat karipap secara 'free hand'? - tak guna acuan yang macam gigi palsu tu la... tapi disebabkan faktor masa, terpaksa la guna acuan tu... 2-3 bulan lps rasanya, mama beli mesin penggelek tepung?! - alaaa.. yg boleh buat mee sekali tu la... (skrg baru teringat... lupa nak try macamana rasa karipap tu!!)

ina - orang rumah din jiran 'selang' sebelah rumah datang tolong mama... yah - orang rumah wan syukri (dulu kejer satu kilang... geng teganu, rakan sparring ping pong, badminton... rumah dia kat taman perumahan bersebelahan... sekitar 200m jer daripada rumah pak cik... selalu gak kunjung-berkunjungan) pun datang tolong. alhamdulillah... semangat kejiranan, suasana kampung masih terasa di taman nusa damai ni...

lepas majlis, duk borak2 ngan jiran2... orang2 rumah jiran2 pulak tolong mama mengemas di dapur... lepas semua dah balik, pak cik tolong mama kemaskan tikar, karpet... susunkan balik kerusi2... mama terus mopkan lantai...

sekitar pukul 12, naik ke atas... terus tertidoq... tak nyempat nak mimpi...

Thursday, February 8, 2007

 

pantun jepun... dipetik dari e-mel seorang sempai... arigatou

PANTUN JEPUN

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.

Wednesday, February 7, 2007

 

tj boya (TAJ) memotong di selekoh untuk podium...

setelah sekian 'slump'... tj boya now back on track...
tak sia2 pelaburan untuk bola dan kasut...
nampaknya dah mula serasi dengan bola baru...
lepas ni, siap la...

comeback... terus dapat no.2... seghonoknyer dierrrr...
tahniah!


abang ucap tahniah ko adik... tumpang gembira...
(nok main sdiri takk mboh! he he he... jangang maghoh abang usop!)


pak cik pun seghonok gak...
lama sungguh tak dapek sampul...
no.6... dapek la 3 free games coupon...
jadi la...
tapi, still flop masa last game... huaaaaargh!


SAR senyap jer malam tadi...
dia kata, "bagi chance kat kawan-kawan la pulak. takkan aku sokmo!"
pen merah, pen biru
piiirah labu!
he he he..

Monday, February 5, 2007

 

sugeee samukatta!

kesa, 6 ji goro ie o deta.
naik motor yamaha sport 100 yg banyak berjasa tu...
ingat nak bagi dia bersara... cuma untuk kegunaan nak gi kedai ke, surau ke...
tapi dia tak boleh disarakan lagi buat masa ni...

nak ceritanya... sejuk sungguh pagi ni... kebas jari2 tangan yg tak terlindung oleh glove sekerat yg pak cik pakai. biasanya sejuk jugak... terutama sekali bila melalui kawasan utm skudai dan juga kawasan 'pergunungan' sebelum sampai ke pekan nenas. tapi pagi ni, betul2 sejuk... bukan setakat jari2, tubuh2 pun terasa menggigil...

teringat suatu perkara yg dibaca suatu ketika dulu...
kalau nak sejukkan nasi yang panas, kita tiup... (amalan ni sebenarnya tak berapa baik... kalu tak silap la!)
kalau nak panaskan tangan yg sejuk, kita tiup jugak!
satu tanda kebesaran Tuhan... angin yg keluar drpd mulut yg sama... tapi boleh menyejukkan dan juga boleh memanaskan...

wallahua'lam

 

another sunday.... penat sikit tapi enjoy....

pagi... seperti pagi-pagi ahad yang lain... tunggu alif bangun.
"assalamualaikum sayang... dah bangun... cayang cikit! mmmuah!
pagi ni, mandikan dulu... pakaikan jersi belanda serba oren... baba pun jersi belanda jugak!
bukannya holland punyer hardcore fan... cuma kebetulan minat sangat warna oren ni... dulu shimizu s-pulse (j-league) pun jersi oren... johor fc (pasir gudang) pun jersi oren!

pagi ni, mama ikut sekali... boleh la baba jogging sekejap. minggu lepas cuma layan alif jer...

masukkan bola kempis tu... sekali dengan basikal yang mama baru belikan (sempena LTDL...?!) ke dalam boot kereta... here we go!

sampai kat taman bukit layang2... ramai orang hari ni! dan...
khemah2 untuk 'pesta layang2 antarabangsa' (feb 6 ~ 11) telah siap didirikan... ada beberapa gerai sudah mula berniaga!

mula2 sekali, layan alif main basikal... sambil baba main timang2 bola kempis tu... (bila nak cari bola baru sebijik ni... tapi, kalau bola baru yg ada angin... tak larat baba nak kejar kalau alif tendang! tak pe la... bagi masa b'day alif 2 minggu lagi la...)
sempat rakam 2 babak... van nistelrooy jr & mini LTDL! (kawaii zo....) akan upload ke you tube dalam sehari dua lagi...

lepas tu, belikan alif se... (apa penjodoh bilangan untuk layang-layang?) layang2... mama layan alif main layang2, baba pegi stretching, fast walk (termasuk meniti atas tebing longkang tepi tasik... this is specially for balancing training... which i believe is good for activating my brain cells!), jogging satu pusingan... kemudian chin up dan bergayut kepala ke bawah!

hito ase kaida!

mama dengan alif dah siap duduk2 kat tepi playground... makan goreng pisang.

masuk kereta... ingat nak gi makan kat ezral... macam biasa. tapi, masa jogging tadi terlihat ada kedai baru makan baru bukak kat tepi tasik... why don't give it a try! pusing kereta... masuk ikut entrance lagi satu, yang biasanya terkunci... tapi pagi ni dibuka untuk persiapan pesta layang2. alif sibuk nak gi ke tasik...
mama pesan roti telur... baba ambik nasi goreng kahwin dengan mee goreng... aji no hou wa? osusume dekimasen! used to ezral's nasi kerabu, nasi dagang, laksam, etc...

lepas makan, singgah kejap kat tepi litar... tengok (& dengar deruman enjin) mat2 motor singapore duk tengah layan track...
sampai rumah... mama mandi dan mandikan alif... baba pun mandi jugak la... nak kena gi pontian kejap... hantar camshaft zzr yg tukar kat permas jaya dulu...

dah pukul 12 lebih masa lepas hantar camshaft tu...
"mama ado nok gi manno ko?"
"kito gi jalle sg rengit, ba!"

jadi terus la ke sg rengit... apa lagi kalau bukan kedai barang2 terpakai tu... dah banyak dah perabut kat dalam rumah pak cik tu yang dibeli kat sg rengit ni... meja makan, katil alif, gambar bunga orkid....

mama nak cari satu lagi katil bujang untuk bilik bawah...

setelah hampir satu jam masuk-keluar kedai2 tu... hasil tangkapan pada hari ini agak menarik...
katil kayu bujang, meja pool(billiard?) kecik!, bola bowling 3 bijik?! (he he he... 1 bijik bola betul + 2 bijik bola boling mainan daripada kain utk hiasan, tikar mengkuang (yang ni baru... mama nak letak kat sudut lepak di beranda) dan satu keyboard (alat muzik tu la..).

on the way balik, singgah solat zohor kat masjid parit apa ntah... lepas tu singgah kat pasar malam (the time is still 3 something!) kat depan masjid tu... cari something untuk alas perut! baba beli char kuey, mama beli kuih apa ntah... nangka dengan 2 bekas cendul untuk baba & mama. alif... air kelapa, iceless! batuk tak betul2 baik lagi. mama beli petai... satu ikat 2 ringgit.

balik ikut highway... sampai kat highway pasir gudang dekat petronas lepas susur keluar ke seri alam tu, nampak banyak betul kereta kat tepi jalan... jalan masai lama... dekat kawasan kilang. mama cakap ada warehouse clearance sale! simply irresistable! kita pun join the crowd la. memang bersesak-sesak. kasut kulit, sandal, selipar, safety boots, jersey, polo shirt, sweater...
baba terpancing sweater warna oren dengan baju sehelai... RM28 ringgits for those 2 items... not bad!

singgah kat kipmart... mama beli ikan. baba beli adapter utk keyboard yg beli kat sg rengit tu.

singgah lagi kat kedai gunting di kota masai... regular customer sejak datang ke pasir gudang ni..
terlelap sambil amoi tu gunting rambut... lepas tu, the hardest part... get alif's hair cut! nasib baik ada sorang abang tu (dengan isteri dia tengah tunggu anak dia buat rebonding?!)... dia bagi sebungkus biskut kat alif. terima kasih yer bang! so the task completed without much trouble.
masa tengah gunting rambut tu, bunyi macam ada sms... dah lepas balik rumah tu baru tengok...
ada member keboringan hari ahad ni... tapi tersengih jugak pak cik baca sms tu...

Sure heran dpt msg ni kn?

Pas2, sure b'debar2 kn?

Pas2 sure t'sengih2 kn?

Pas2 sure t'tny2
Msg ape ni kn?

Pas2 sure...


bengang coz xde papekan! hehe :)

mama masak ala kadar?!... gulai ikan, ikan selayang goreng garam (baba's request!), petai mentah, and of course, budu + durian masam... peeegh!

lepas solat maghrib dan makan... keluar pulak ke kompleks pusat bandar. destinasinya... pusat bowling! mama nak try bola yg baru dibeli di sg rengit tu... alif pun bawak jugak bola boling kain tu...
sebenarnya, baba ingat nak guna bola tu... bagi balik bola mama yg baba pinjam (dan tebuk lubang ikut saiz jari baba!) sekarang ni... tapi, bola tu macam lebih sesuai dengan mama... jadi, bagi mama je lah bola tu... baba terus guna bola sekarang ni!

alif pun sibuk nak main boling! ada lagi sepasang suami-isteri yang baik hati, sangup nak layan alif 'membuas' ketika baba & mama sibuk melempar bola boling...

habis boling... dah pukul 10 lebih kurang. terus balik... mama bagi alif minum ubat kemudian tidurkan dan tidur... baba layan blog kawan2 dan update blog ni... the time now is 2:18AM...
mou nenakuccha... sore jya... mata ne...

Sunday, February 4, 2007

 

cbox added!

asyik duk pi ngacau cbox kat blog kawan2 jer...
kali ni, pak cik letakkan satu cbox kat tepi sana tu...
siap customized tu...
kasi lebar sikit, bagi mudah kawan2 nak tulih panjang2 sikit...
sudi2kanlah turunkan signature... anggaplah sebagai buku pelawat ke...

lepas ni apa pulak? ntah la...
kalu terjumpa idea2 yg menarik tertarik kat blog kawan2...
pak cik curi la idea tu... kasi taruk sini...

Labels: ,


 

bangau oh bangau - rangkap kedua, part II

sambung balik 'bangau oh bangau'...

Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?

Macam-mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
rumput panjang sangat.

Yang Arif!

Adakah alasan yang diberikan oleh si ikan tu relevan?

Bolehkah kita jatuhkan hukuman mengikut mana-mana akta yang ada?

Saya cadangkan dia diberi hukuman yang seberatnya,

di bawah Peraturan 9(2),

Peraturan Kawalan Bekalan 1974;

kerana melakukan percubaan untuk memutuskan rantaian makanan;

dengan niat mendatangkan mudarat kepada si bangau.

Kita teliti dulu la fakta kes tu.

Kalau ada faedah, ada manfaat kepada negara (dan) kita,

kita sabitkan la kesalahan dia.

Dia bukannya ada pasang lawyer pun.

Tapi, kalau setakat ikan seluang tu,

rasanya tak payah la kita layan sangat.

Bortimbun laei pael borkulat kek dalam gobok tu hah!

Porabihkan boreh jor!!

Ikan dalam kandang tertuduh dengan musang sebagai hakim

“Kamu didapati bersalah dibawah Peraturan 9(2), Peraturan Kawalan Bekalan 1974, dan dijatuhkan hukuman selam sampai mati.”


Saturday, February 3, 2007

 

banjor (SAR) mengganas lagi...!!!

malam tadi SAR mengganas lagi...
pontian bowl weekly 9pin tournament... no. 3 lagi! pak cik tumpang bangga...
migo cakap, "memang nampak perubahan la... SAR tu!"
migo dapat no. 2; juara malam tadi... ADL.
pak cik? pattern biasa... tak tahu la apasal... kebelakangan ni asyik kecundang di penghujung ajer...
shuuchuuryoku ga yowamatteru!
malam tadi lagi obvious... 1st game 230... 2nd game 196... last game 179! handicap dah tak der...
terlepas lg nak dapat sampul... ZELL no. 9, total pin fall 607... dapat sampul (3 free games)! pak cik 605... 2 mata lg... aaarrr kuyashiiiiiiiiii....!
gambar tak sempat nak tangkap... cameraman (TAJ @ tj boya) tak der mood... frust sikit ngan permainan sendiri... tp agak berpuas hati dengan bola yang baru dibeli... 1st game dapat 200 lebih jugak tu...

sebelum tournament, singgah makan kat very good tomyam... ikan 'keronge' (jaket besi) bakar, cicah dengan budu... peeehhhhhh! mintak nasi tambah 1 pinggang tak cukup... mintak lagi setengah... kongsi la... banjor, tj ngan pak cik... tapi, pak cik la yang paling banyak sekali... malu kat orang! (perasan... macam la orang duk tengok dia!)

malam tadi, wan cina ikut sekali... setelah sekian lama bertapa di camp. usop @ dato' k... of course la ada sekali... gege-gecha dalam kereta waja banjor (CBE) malam tadi... macam2 telatah 4sekawan ishipower...

Thursday, February 1, 2007

 

pramugara-pramugara airasia....?


sekali pandang... betul-betul macam pramugara-pramugara yang baru turun daripada kapalterbang! (mintak tolong sikit.... ni bukan pramugara terlampau tu tau!)
sebenarnya, 2 daripada 4 sekawan ishipower ni tengah 'posing' dengan peralatan-peralatan 'membaling' yang baru diborong di Skudai Bowl. 'Shopping' sakan TAJ ngan SAR malam ni.

SAR sebenarnya nak tebuk balik bola dia, tapi resin kat pro shop tu dah habis stok. lepas tu, nak beli kasut sepasang katanya. takut 'tergedebuk' sekali lagi (he he he... sori ar geng!) kalau pakai 'house shoe'. entah camana pulak boleh terangkat beg tu sekali... pak cik tak masuk campur.

TAJ memang shopping sakan... bola, kasut, beg! pak cik cuma polish bola yg dah calar-balar. berkilat! rasa sayang pulak nak baling... nak angkat gak kasut secondhand, tapi semua berpuluh-puluh pasang tu tak cukup besar to accomodate my giant foot.

Usop jer belum shopping lagi... dah test dah 2-3 bijik bola... bulan depan kot...

Labels: , ,


This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]