Monday, February 12, 2007

 

alhamdulillah... 'majlis doa selamat' selamat diadakan

dah setahun lebih tertangguh, akhirnya majlis tahlil ringkas serta doa selamat selamat diadakan malam tadi di pondok pak cik... alhamdulillah
majlis tersebut telah diketuai oleh tuan imam surau an-nur, tmn nusa damai. sekitar 50 ~ 60 orang telah meluangkan masa untuk menghadiri majlis ringkas tersebut - terdiri daripada ahli-ahli jemaah surau, jiran-jiran serta rakan taulan. setinggi penghargaan buat semua yang telah hadir membawa berkat ke pondok pak cik. pok nik adli - duduk kat kota masai, kejer sekali di pengkalan chepa lebih kurang 10 tahun lepas... pun ada datang dgn orang rumah dia. lewat sikit sebab pergi hantar anak sedara ke adik ke utm skudai katanya...

mama telah membuat persiapan awal2 lagi...
balik dari pontian petang sabtu tu, lepas solat maghrib terus keluar beli barang2 keperluan majlis yg mama belum sempat belikan. singgah dulu makan kat restoran sebelah kedai motor - kedai yang baru dimasukkan ke dalam senarai - rasa ok, harga pun agak berpatutan.

lepas makan terus ke econsave yg terletak tidak sampai 2km drpd rumah. mama yg cari semua barang2 yg diperlukan, pak cik cuma layan alif... daging, beras, tembikai, kacang panjang, dan lain lagi.

balik rumah, terus tolong mama siangkan daging... nak masak gulai kampung. alif pun sibuk nak tolong sama... naik tidurkan dia dulu, baru boleh buat kerja. lepas tu kupas kentang dan potong dadu... untuk dibuat inti karipap. dekat pukul 1 kot baru naik tidur.

pagi ahad... terpaksa korbankan aktiviti mingguan demi membuat persiapan majlis malam nanti. sementara alif masih lena, keluar pegi ezral sekejap... beli nasi kerabu 2 bungkus. lepas sarapan, belah kelapa 5 biji... belah kelapa ni pun nak kena caranya jugak... kalau tak kena cara, pecahnya tak sekata... susah pulak nak mesin nanti. lepas mesin kelapa, sambung pulak buat karipap. pak cik suka buat karipap secara 'free hand'? - tak guna acuan yang macam gigi palsu tu la... tapi disebabkan faktor masa, terpaksa la guna acuan tu... 2-3 bulan lps rasanya, mama beli mesin penggelek tepung?! - alaaa.. yg boleh buat mee sekali tu la... (skrg baru teringat... lupa nak try macamana rasa karipap tu!!)

ina - orang rumah din jiran 'selang' sebelah rumah datang tolong mama... yah - orang rumah wan syukri (dulu kejer satu kilang... geng teganu, rakan sparring ping pong, badminton... rumah dia kat taman perumahan bersebelahan... sekitar 200m jer daripada rumah pak cik... selalu gak kunjung-berkunjungan) pun datang tolong. alhamdulillah... semangat kejiranan, suasana kampung masih terasa di taman nusa damai ni...

lepas majlis, duk borak2 ngan jiran2... orang2 rumah jiran2 pulak tolong mama mengemas di dapur... lepas semua dah balik, pak cik tolong mama kemaskan tikar, karpet... susunkan balik kerusi2... mama terus mopkan lantai...

sekitar pukul 12, naik ke atas... terus tertidoq... tak nyempat nak mimpi...

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]