Saturday, March 31, 2007

 

first part of 110km ride... last day in tg bin

tanggal 30hb mac merupakan hari terakhir pak cik di tg bin.
pada belah paginya, pak cik ingat kan nak pergi ambil motosikal yamaha 100 sport yang sudah siap dibaiki di bengkel yee seng motor, kangkar tebrau. tungu punya tunggu, kedainya tak juga dibuka. hampir pukul 10 pagi, pak cik sudah tak boleh tunggu lagi. cuba pergi tanya kat kedai makan bersebelahan dengan bengkel tu.
"hari ni dia tarak buka la". amoi pelayan kedai makan tu beritahu.
chet! membazir masa aje. terpaksa tukar ke plan B.
pandu kereta balik ke pasir gudang. singgah dulu kat hong leong bank masai. bayar loan rumah dan kad kredit. sampai rumah, mama terus berkemas. malam ni tidur kat pontian.
dah pukul 11 lebih masa bertolak ke pontian. sampai di pontian, check in hotel pontian, ambil kunci, lepas tu terus menghala ke tg bin. singgah dulu solat jumaat di serkat. lepas jumaat, mama hantar sampai kem. tunggu pak brahim datang hantar kak lili yang bertanggungjawab menjaga kebersihan kem.
sampai pejabat pukul 2:40... handover kerja kat hj malik (punchlist), wan cina (local authority - permitting) dan matsumura-san (NCR IHI).
serah balik kunci bilik kem kepada mr rama - pengurus admin. sekali dengan kad pekerja dan pas masuk ke tapak pembinaan. safety helmet dan safety belt pun hantar sekali kat mr rama, sebab selvi - safety clerk tak ada kat tempat dia.
lepas tu, pusing2 pejabat jumpa muka2 yang biasa berurusan dengan pak cik... masuk kabin philipino engineers.. cuma lito jer yang ada... send regards je la kat lain2 member.
pukul 5.01, punch kad untuk kali terakhir. saraba yo, tg bin! berakhir episod setahun 3 bulan...
naik van pak wahab sampai kem. seret basikal pegi isi angin... kedua-dua tayar habis kempis. apa taknya, dah berapa bulan tersadai kat tempat letak kereta... nasib baik tayar tiub nampak macam okay lagi... tunggang basikal balik semula ke kem, ambil saki-baki barang yang ada, lepas tu terus menghala ke hotel pontian. lebih kurang pukul 5.40 bertolak, sampai di depan hotel pontian sekitar pukul 7. jarak perjalanan lebih kurang 30km. turun dari basikal, betul2 alami 'ashi koshi no chikara ga nuketa'... lembik lutut! nak panjat tangga naik ke bilik di tingkat dua tu... masyaAllah siksanya! terasa macam ada 5kg pemberat terikat kat setiap kaki tu... sampai bilik, alif baru jer tidur...
pak cik terus mandi dan solat asar... masa nak turun sujud tu, terasa macam nak cramp otot2 peha... lps solat, buat stretching sikit, nak balik hilang lenguh kaki... terutama sekali urat & otot peha... lama tak buat kerja gila2 ni...
lepas solat maghrib, alif terjaga... terus mandikan... dan bersiap untuk keluar makan malam... last dinner kat pontian... destinasinya ialah very good tom yam... order sup ekor, puyuh goreng kunyit 2 ekor, telur dadar, kailan ikan masin... ramai pulak orang malam ni. jenuh nak suruh alif sabar... tengok pelayan tu bawak air ke meja lain, "mama! minum air..!". tengok pelayan tu bawak makanan, "mama! momok nasik..!".
lepas makan, terus ke pontian bowl. last tournament?! weekly 9 pin tap. sementara tunggu tournament start, kena layan alif dulu... berlari ke sana, berlari ke sini... sekejap "baba, aaurk!". ais krim la tu... sekejap, "baba, jajan!"... bukannya nak makan sangat pun... mama jugak yang kena perabihkan. mama dah tak tahan... dia mintak balik ke hotel dulu. pak cik hantar turun ke kereta. mama balik dulu ke hotel dengan alif. pak cik naik ke atas balik... pukul 10 lebih... diorang tengah syok main blok lagi. duduk tengok masaoka dengan daisuke main... dah dekat pukul sebelas pun, masih tak nampak macam nak start lagi tournament. pak cik pun ambik bola... layan dulu satu game. ingatkan malas nak warm up dah... penat kayuh basikal petang tadi pun belum hilang sepenuhnya lagi.
elok-elok jer habis satu game, diorang panggil nama untuk undi lane... pak cik kena lane 12, sekali dengan zain otai, pian polis, boy MCIE (juara 10pin minggu lepas, no. 3 9pin minggu lepas!) dengan mr lim towkeh pontian bowl.
1st game, pian bantai 200 lebih. pak cik score 188... boleh la...
2nd game, pian hancus... boy dapat form balik... pak cik dapat 228... ada chance nak dapat nombor! yang leading lepas 2 games ialah NOK - budak baru, member izat... 264, 246!
3rd game, pak cik dapat 226... total 643!
keputusan akhir... ADL juara, NOK no. 2... pak cik no. 3... not bad la! cuma malam ni, zambri, repp, migo tak ada...
pukul 12, lepas ambik sampul, jumpa member2, salam2 mintak maaf... lepas tu menapak balik ke hotel... lebih kurang 1km kot dari pontian bowl... solat isya', terus tidur...

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]