Saturday, January 20, 2007
bangau oh bangau - rangkap pertama, part I
separuh jer dulu...
Seloka ‘Bangau oh bangau’ olahan wawi alkhadeem
Asal mulanya usul cerita
Di sebuah daerah, di satu belantara
Seekor bangau kurus tubuhnya
Menjadi ilham seorang pendita
Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?
Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.
ikan tak mahu timbul.
Huh! Ni la hok pok cik maghoh sangak ni!
Tak dok kherjo lain, subsidi... subsidi… subsidi!
Tak dok subsidi, tubuh jadi seghupo lidi!
Tak dok lasung nok usoho sediri!
Kerojaan bui bajo subsidi, suruh buboh dale bendang padi;
habih nyo jual wat main judi, wat beli todi.
Lepah tu duk ngepek soghe diri,
“Bakpo gak padi oghe lain jaddi, padi aku dok jaddi.
Mungkin tak rasi aku jadi pok tani… !”
Caghi alasan nok jual bendang padi,
Nok buat joli, nok duk goyang kaki.
Dok tahu la... gapo dio nok jadi!
(Note: Translation available upon request. Or you may consult your Kelantanese friend.)
Asyik nak tunggu orang suap aje.
Kalau ikan tak nak timbul,
engkau pegi la supermarket…
beli satu ‘snorkelling set’.
Lepas tu pegi la menyelam tangkap ikan.
Sambil-sambil tu…
boleh jugak menikmati keindahan di bawah permukaan air.
Ilustrasi: Bangau pakai mask dan snorkel, menyelam nak tangkap ikan “habis tu… nak tangkap camana ni?!”
Labels: bangau oh bangau, kelate, pendita
Friday, January 19, 2007
bangau oh bangau - MUQADDIMAH
sebagai permulaan, kita baca muqaddimahnya...
semoga ada sedikit manfaat...
MUQADDIMAH
Salam sejahtera,
Buat semua pembaca budiman. Semoga sentiasa tabah dan terus berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dilakukan. Walaupun hasil yang didapati tidaklah seperti yang diharapkan, kita akan rasa suatu nikmat kepuasan bila menyed
Berkenaan dengan muqaddimah ini, berdasarkan pengalaman sendiri serta sedikit pengamatan, rasanya tidak ramai orang yang membacanya, entah kenapalah agaknya, mungkin kita boleh gunakan kaedah ‘bangau oh bangau’ untuk mengetahui apakah punca, apakah sebabnya.
Saya dulupun jarang membaca ‘muqadimah’ atau ‘kata-kata pendahuluan’ atau ‘ kata pengantar’ atau ‘sekapur sirih’ atau lain-lain lagi yang panggilan yang diberikan. Bila diterangkan oleh ‘syifu’ tentang manfaat membaca ‘muqaddimah’, barulah saya ‘bertaubat’, dan seboleh mungkin berusaha untuk meneliti dahulu ‘muqaddimah’ sebelum masuk meneroka ke isi kandungannya. Mungkin di lain kesempatan kita boleh sama-sama bincangkan berkenaan permasalahan ini dengan lebih mendalam.
Sebenarnya, idea untuk untuk menulis seloka?! ini terbit pada tahun 1998 lagi. Sewaktu menelaah buku rujukan untuk mencari bahan-bahan bagi sesi perbincangan mingguan di sebuah kilang di Pengkalan Chepa, saya terbaca mengenai kaedah untuk menyelesaikan masalah yang diperkenalkan oleh seorang pakar pengurusan kualiti daripada Jepun. Pakar tersebut menegaskan yang ‘5W1H’ haruslah digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan. ‘5W1H’ yang beliau maksudkan itu bukanlah ‘5W1H’ yang pernah kita belajar di dalam kelas bahasa Inggeris di sekolah dulu – Who, What, Where, When, Why dan How. ‘5W1H’ yang beliau maksudkan ialah 5 kali ‘Why’, dan diikuti dengan ‘How’. Maknanya, dalam menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu mencari, atau lebih sesuai digunakan perkataan ‘menggali’, punca sebenar permasalahan tersebut terlebih dahulu, sebelum mengambil langkah-langkah penyelesaian. Dalam usaha menggali punca sebenar, kita perlu tanya “Kenapa?” sekurang-kurangnya 3 kali. Walaubagaimanapun, satu perkara penting yang harus kita sentiasa ingatkan pada diri kita ialah kita mesti bertanya dengan niat untuk mencari punca sebenar, bukannya untuk mencari alasan pemunasabahan.
Ketika itulah terlintas lagu ‘Bangau oh bangau’ di kepala saya. Setelah bersusah-payah mencari lirik lagu ‘Bangau oh bangau’ tu, dan beberapa kali mengolahnya, maka saya pun memberanikan diri untuk memperkenalkannya kepada khalayak umum yang terdekat. Alhamdulillah, sambutannya agak memberangsangkan. Itu telah memberi perangsang kepada saya untuk mendakap suatu cita iaitu membukukannya supaya dapat dikongsikan dengan khalayak yang lebih besar.
Dengan membaca seloka ‘Bangau oh bangau’ ini, seseorang itu boleh terus menjadi seorang ‘penyelesai masalah’? Bukan itu yang saya harapkan. Banyak lagi kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang penyelesai masalah yang baik. Seloka ini diolah sebagai satu bahan penyedia ‘platform minda’ untuk menjadi seorang penyelesai masalah. Apabila ‘platform minda’ telah tersedia, kemahiran-kemahiran lain akan dapat berjalan dengan lancar. Itulah harapan sebenar saya kerana saya merasakan bahawa keupayaan menyelesaikan masalah adalah suatu kemahiran yang penting bagi setiap individu yang menjalankan sesuatu tugasan, tak kira samada di tempat kerja mahupun di rumah.
Masalah ada di mana-mana. Menidakkannya atau melarikan diri daripadanya tidak akan membawa kebaikan dan kita tidak akan ke mana. Saya rasa cara yang terbaik untuk memajukan diri kita ialah dengan melengkapkan diri dan bersemuka dengan masalah itu.
Selamat menikmati kemanisan bergelut dengan masalah!
Ikhlas dari hamba,
wawi alkhadeem (alkhadeem@maktoob.com)
November 2006
Labels: 5W1H, bangau oh bangau, muqaddimah
Thursday, January 4, 2007
susah jugak nak cari publisher when...
the next step is to find a publisher. dah cuba contact 2-3 publisher... tapi so far belum ada lagi publisher yang sanggup. susah jugak nak cari publisher ni, especially bila pakcik sendiri pun tak tahu apa genre yang patut diberikan kepada buku kecil tu. tapi sebab yg utama ialah the standard of the manuscript itself la... kalu betul2 bagus, hantar la kat mana2 publisher pun, you'll get a good response! memang manuskrip tu ada masalah... as pointed out by kak nita sempai (thanx... tolong jangan serik bagi nasihat kat kouhai yg keras kepala ni!). pakcik sendiri pun akui. tapi, pakcik belum bersedia untuk tukar style penulisan yang digunakan... that's me... that's my style. editor kat publishing co mungkin tak suka, but at least i know that my niece like it... and hopefully my son
tengok la dalam seminggu dua lagi. kalu tak de response daripada satu lagi publisher tu, pakcik akan publishkan jer buku tu kat blog ni... hontou ni komatta ossan jyanoo.
Labels: bangau oh bangau, manuscript, publisher
Subscribe to Posts [Atom]