Sunday, January 28, 2007

 

itsumo no nichiyoubi...

pagi ahad... cuaca mendung... chotto hada-zamui asa da...

macam biasa, around 7:30... alif bangun, basuhkan muka... hari ni tak tukarkan baju.
"baba, aman!" ke mana lagi kalau tak ke taman rekreasi bukit layang2. pagi ni mama tak ikut sekali. nak masak nasi lemak, katanya... dah boring tiap2 minggu sarapan kat ezral, lepas balik dari taman. so pagi ni, berdua dengan alif jer naik kereta ke taman...

orang pun tak berapa ramai. mungkin sebab cuaca la kot. layan alif main kereta, sepak2 bola yg takde angin tu, main buai... lepas tu baba buat chin-up dan bergayut kepala ke bawah macam biasa. hari ni tak leh nak jogging sebab mama tak ikut sekali. biasanya, sempat jugak fast-walk n jog satu dua round...

around 9am, balik... singgah kat kedai lee heng, beli timun sebatang... mama pesan, nak makan ngan nasi lemak. sampai rumah, nasi lemak dah masak. lepas sarapan, lepak2 layan alif... hampir tengahari, terlelap sekali ngan alif... mama sibuk mengemas, jemur kain dan layan taman bunga dia..

dalam pukul 2, alif terjaga... lunch ngan nasi lemak... tapi yang speselnya, makan kat ruang lepak di beranda... mama's newest idea... mama letak satu sofa, satu bench.. lepas tu hampar tikar kat satu sudut beranda... teringat zaman2 budak dulu... makan nasi tepi sawah! saikou datta...

petang... alif sibuk nak keluar... tengok kak erin, kakak duk main kat jalan depan rumah... pakcik pun join sekali ngan din jiran sebelah yg tengah seronok main frisbie ngan anak2 dia... lepas gian, lama betul tak main frisbie ni... natsukashikatta! lps main frisbie, layan din main badminton lak... nasib baik tak tercabut kain pelikat pak cik!! dekat sejam jugak kot... berpeluh jugak la... alif duk main ngan kak erin... lps tu mama dia bawak jalan2 naik motor... pusing2 kat taman perumahan tu...

kanari jyuujitsushita nichiyoubi deshita.

Labels: , ,


Comments:
Assalamualaikum,

WAWI,

Kali pertama ke sini. Ceritanya menarik, namun seperti lauk yang kurang rencah.

Salam,
Siti Hajar
 
Waalaikumsalam,

Kak Siti Hajar,

Terima kasih kerana sanggup mengambil risiko bertandang ke blog wawi ni.

Kalau tak keberatan, boleh Kak Siti Hajar beri sedikit tips ataupun resipi untuk menyedapkan lauk yang kurang rencahnya ni.

Terima kasih daun keladi,
jangan serik bertandang lagi.
 
Wawi san,
Hajimemashite kak sini pulak..hehe

apsal pulak amik risiko masuk kat sini? :)
 
irassyaimase, hidet-san!
waza waza asobi ni kite kurehatta na. arigatou-san.

risiko yg wawi maksudkan ialah lebih kurang macam 'kitai-hazure'... susah2 masuk sini, tapi habuk pun tarak... kalu ada hidang teh o pun kira ok la...

anyway, thanx for dropping by
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]