Wednesday, January 31, 2007

 

tahniah banjor! aaaakhiiiiiirnyaaa....


beginilah lagak seorang pemenang...
kegembiraan jelas terpampang di raut wajah.
setelah sekian lama mencuba...
setelah sekian lama berusaha, tanpa mengenal penat serta jemu...
beberapa kali juga hampir menggenggam kejayaan...
(dan dengar cerita... pernah sekali tergedebuk... he he he)
akhirnya dia berjaya juga meraih sampul yang diidam-idamkan...
SEKALUNG TAHNIAH, BANJOR!
pak cik tumpang berbangga di atas pencapaian anak didik pak cik...
cuma rasa sedikit terkilan kerana terlepas peluang untuk menyaksikan sendiri detik-detik bersejarah itu... (terima kasih kepada tj boya di atas ihsannya bagi foto di atas)
petang semalam, pak cik terpaksa balik ke pasir gudang... atas urusan peribadi;
jadi... terlepas pertandingan bowling mingguan (opps... malam tadi merupakan pertandingan bulanan)
khabarnya bermain di lane 7 bersama Repp dan Mat Deris; manakala di lane 8, Koh dan Ibrahim.
Repp di tempat pertama, Mat Deris kedua, diikuti oleh Banjor (SAR) di tempat ketiga.
dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 789 (termasuk 60 handicap), pak cik rasa itu suatu pencapaian yang amat membanggakan!
tahniah sekali lagi... dan teruskan kecemerlangan!
sekarang kita tunggu abang usop @ dato' k pulak mencipta sejarah...

4 sekawan ishipower... i'll surely miss these great days when this project completed!

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]