Sunday, August 17, 2008

 

dream came true... desaru tri 2008

impian untuk merasai cabaran triathlon sebelum usia menjangkau 40 tercapai juga akhirnya semalam... 16 Ogos 2008... desaru pengerang long distance triathlon... dubbed as the toughest triathlon in malaysia... walaupun dalam keadaan yg serba kekurangan... dengan pelbagai rintangan sebelum cabaran sebenar bermula.

terima kasih yang tidak terhingga buat sifu jamaluddin yang telah sudi meminjamkan basikal mtbnya, peralatan dan jersi serta memberi tunjukajar bagaimana untuk menghadapi situasi tak terduga semasa cabaran sebenar... million thanx, sifu.

swim 2km: laut memang betul2 bergelora... sebelum mula acara renang tu, sempat berborak dengan seorang cikgu sekolah sukan bandar penawar... orang pasir puteh, kelate...
10am sharp, the race flagged off... 2 loops of swimming in the rough south china sea... managed to do it in about 1 hour... jog to the transition area... pakai kasut, pekena power bar separuh...

bike 90km: orang semua tengok semacam... polis yg jaga trafik tu pun cakap "ni basikal utk rally ni!"... memang pun... but the best comment came from one mat salleh participant "this is the real hero (read 'fool')!"... apa taknya... i'm trying to challenge the malaysia's toughest triathlon on a mountain bike! tu pun, pinjam dengan sifu jamaluddin... nak habiskan 3 loops of 30km each... fuuh! naik bukit, turun bukit... akhirnya berjaya jugak tamatkan 90km... in almost 4hrs... terus bukak jersi bike, pakai running vest yg dapat masa sundown tu... terus ke acara terakhir

run 21km: the first 4km, it was quite okay... can run even though in a slow pace... lepas tu, felt really really flattened... keep walking... among the last 10 participants who are still striving... ada sorang awek melayu lintas masa u-turn kedua first loop... "last loop?" ... "baru first loop!" ... "sama la kita"... lepas tu dia sambung berlari... baru teringat, power bar separuh lagi lupa nak makan masa habis bike tadi... masa complete first loop, pit stop kejap... pegi ambik power bar dan telan habis! minum air dua gelas... felt better... boleh berlari semula... catch up balik awek tu masa kat u-turn pertama... sambung lari dan lari... almost non-stop... except at water stations... dapat sorakan semangat drpd nazqim & rmn team... dan dekat nak sampai tu... by mejar kalam and his team from univ. tentera nasional... cross the finishing line at 8:04:45 (my clockwatch)... yeah! it's another dream came true.

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]