Tuesday, May 20, 2008

 

kalau dah gabrak...

keluar rumah macam biasa... lebih-kurang pukul 7...
dan macam biasa jugak, mat alif sibuk nak 'babai' baba...

masuk hi-way p.gudang, agak lengang... banyak jugak company yg cuti hari ni... wesak day
sampai kat area kota putri, motor rasa lain macam jer...
pulas minyak pun, tak respons...
takkan nak kena lagi sekali... lebih-kurang 2 tahun lepas pun, kat area yg sama jugak la...
berapa bulan motor tersadai kat workshop?! crank shaft hancus... order spare part dari jepun (ikut kata towkey tu la!)

bukak tengok tangki minyak... kering!!
areee... tengok hari jumaat lepas, rasa macam banyak lagi...
route baru, tak boleh nak budget lagi... meter semuanya out of order, except the rpm meter!
meter minyak, memang tak ada... biasanya bergantung pada odometer... tapi, odometer pun dah kiok... kena selalu bukak tangki, buat visual checking la... sabtu, ahad bawak mat alif pegi taman... sibuk nak naik 'motor besar' baba... tak nak naik kereta mama...
terlupa nak buat visual checking, sebab ingatkan minyak banyak lagi masa check hari jumaat tu.

adusss... baru minggu kedua kat tempat kerja baru! takkan dah masuk lewat... syare ni nannai yo! shell, lebih kurang 500 meter kat depan... apa lagi, tongkat motor kat tepi jalan, morning walk la ke shell jalan masai lama / hi-way pg tu...

jumpa botol 2T 0.5liter kat dalam tong sampah... "dik, ada botol besar sikit lagi tak?"
"yang ni ada la, bang"... tabung bekas isi gula-gula! nak tuang ke dalam tangki camaner nanti...
"tak per la, dik. isi dalam botol 2T ni jer la..." boleh masuk shell super RM1.04...

masa berjalan balik ke motor... "ek eleh... bukan ker tangki reserve tu ader! memang betul... tombol tu masih menghala ke 'ON', maknanya, kalau pusingkan ke 'RES', bukan setakat boleh sampai ke shell, silap2 boleh sampai terus ke kilang!...

tu la pasal, kepala dah penat lepas translathon (alasan...!), tak boleh nak berfikir secara waras...
lagipun, tertekan sikit sebab belum sampai 2 minggu kat tempat kerja baru, punchcard dah merah!
kalau dah gabrak....

lepas tuang minyak setengah liter tu, terus pecut ke shell lagi satu... isi full tank... RM30 lebih-kurang... dah pukul 7.40 lebih... memang confirm punchcard merah!... nak full throttle, tak berani, sebab motor tu kategori 'kurang sihat'... 6500rpm tu kira max... lebih2 tak berani... malas nak cari pasal... kan tersadai pulak kat workshop...

hari ni, isnin... morning assembly kat office... terlepas! tengok punchcard... dakwat merah.. 08:07... naik nama kat notice board la jawabnyer... (nama untuk bowling tournament memang dah ada naik kat notice board tu!)

kondo, motto ki o tsukemashou ne, ojichan!!

Labels:


Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]