Tuesday, April 8, 2008

 

its a holiday in johor...

hari ni cuti umum bagi negeri johor sempena hari keputeraan sultan...

around 7am, started to jog from house to taman bukit layang2. mama and alif turun lewat sikit, dgn kereta...

lebih-kurang 35 minit jugak nak sampai... kenderaan tak banyak sebab hari cuti... ada sorang budak pompuan tu (dalam kereta ayah dia, nak pergi berkelah kot) tengok pakcik berlari kat bahu jalan tu dengan muka macam "amender la pakcik ni buat... orang lain semua naik motor kereta, dia sorang berlari terkedek-kedek kat jalanraya..."

persiapan untuk sundown marathon... try register online last night, tapi ada problem. nampak gayanya kena masuk s'pore lagi la... walk-in registration. tengok peta, pejabatnya dekat area JAC Spore - yang pergi interview last month. rasanya, tak ada masalah kot untuk cari lokasi pejabat tu. hari tu, dah try naik MRT... nanti masa sundown marathon pun, ingatkan nak pergi naik MRT jugak... ambik bas dari kotaraya, terus ke Kranji MRT station. ambik MRT ke Pasir Ris. diorang ada sediakan shuttle bas ke starting area.

sampai kat taman, alif tengah main badminton dengan mama. lepas ambik nafas, layan alif main badminton sekejap... lepas stretching lebih-kurang, terus balik. ada rancangan untuk 'hantu air' tu hari ni... lama tak bawak dia pergi main kat La Stella Water Theme Park, Starhill Golf Resort.

Singgah sarapan dulu kat Ezral. Dah tak banyak makanan yang tinggal. Towkey terlupa yang hari ni hari cuti, jadi dia tak buat banyak. Pakcik makan laksam... kongsi dengan alif.

Sampai rumah, mama masukkan baju seluar dalam beg, terus bergerak ke Starhill. Jaraknya lebih-kurang 35km... about half an hour drive. sampai Starhill pukul 10.
Entrance: RM15 for adult. Ada campur tax pulak dah. Total RM31.50 for 2 pax. Alif - free, coz still under 5. Siap bagi wrist band pulak sekarang ni.

Orang agak ramai. Johor Specialist Hospital ada buat family day. kerusi semua penuh. letak jer bag kat court volleyball tepi kolam budak2. Si 'hantu air' dah tak sabar2 lagi... daripada minggu lepas lagi asyik "baba, adik nak gi uiming kat kolam besar, ba"

bukak baju seluar... tinggal spender jer... terus berlari ke kolam budak2...

dari pukul 10 pagi sampai pukul 2 petang... berendam dalam air. naik sekejap makan jajan... masuk lagi dalam kolam. dah tak ingat nak minum susu dah... boring main kat kolam budak2, dia berlari pergi kolam utama (man-made beach). tak larat nak melayan... gilir2 jaga dengan mama... pakcik terlelap sekejap kat atas batu tepi kolam tu.

pukul 2, nampak macam nak hujan... terpaksa pujuk naik. ngam-ngam jer masuk kereta, hujan turun... tu pun sibuk lagi... "baba, nak main 'golf besar', ba". ada drive range kat tepi carpark tu.

bagi susu, terus lentok kat seat belakang.

sampai rumah, solat zohor... makan nasi yang singgah beli kat ezral... lepas tu, satu family layan tidur... sampai pukul 6 lebih... hufff... penat beb!

Comments:
Pergh! Dah start training!
 
rutin mingguan jer tu... bukannya specific training utk sundown.
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]