Friday, June 15, 2007

 

今週を振り向いて…

apa yang pak cik buat sepanjang minggu ni ek?!

sempat morning walk 2-3 kali... lebih kurang 15 minit per session sebelum masuk kerja.
pagi isnin tu, ada sebijik kereta peronda polis terjun dalam longkang besar tepi taman bukit layang-layang tu. masa sampai untuk morning walk tu, tow truck sedang tarik kereta tu naik dari dalam longkang... tak tahu la camana boleh terjun longkang tu...

rabu petang... battle of the besutians?! badminton day... tak ramai turun sebab ada friendly dengan mr. gan punya group kat TS tmn rinting...
sempat main 3-4 game... around 7.30, ramai dah bertolak ke tmn rinting... lawan single dengan din line A - another besutian... tu yang 'battle of the besutians' tu... fuhhh... lepak siol... main single... nak dapatkan 15 mata tu, macam nak pecah dada! jersi belanda basah berjeruk dengan peluh yang masam... saikou da!

khamis, masa lunch break... ambik time off 45 minutes... pegi bukak akaun kat public bank masai... tempat kerja baru minggu depan bayar gaji thru public bank... alamak! baru teringat... gambar passport belum buat lagi... taihen da! ashita wasurenai you ni hakuban ni kaiteokou....
petang lepas kerja, member2 ajak pegi training bowling sekali lagi kat daiman... singgah beli susu & pampers alif dulu kat maslee... mama pesan suruh beli spaghetti, timun, tauge... dah boleh agak... laksa johor! sampai rumah, hujan dah mula turun... nak gi daiman ngan kereta waktu orang tgh sibuk balik kerja ni... hmmm... tak larat nak makan jem la... so, call rahmat (dia tengah terperangkap kat hi-way pasir gudang!)... tarik diri drpd training...

jumaat... last day in ccm! pagi2 md noh telepon... dia on the way ke kl... nak gi buat stocktake audit kat supplier... dia mintak tolong tukar PR ke PO kat SAP... tak pernah buat lagi... dia tak sempat nak ngajor lagi bab tu... tapi dah emergency, terpaksa la cuba buat... dia park kereta kat area nilai katanya... dengan berpandukan instruction thru phone, akhirnya pak cik berjaya jugak menukar PR ke PO! yoku yatta yo! take it as khidmat terakhir sebagai seorang purchasing officer ccm!
lepas jumaat, singgah kat kedai telefon... nak top up digi... tak boleh... digi nyer system ada problem... adusss... ada urgent call nak kena buat ni... huaaargh... tensi!
balik kerja... nasi kerabu menanti... lama tak makan nasi kerabu mama... kebetulan petang tadi mama tanam semula pokok... pokok... huargh... camaner boleh lupa pulak nama pokok tu... pokok menjalar yang daunnya tu orang buat ulam nasi kerabu la... masyaallah... langsung tak leh nak recall nama pokok tu... komatta mon da na... haaa.. daun kesum! daun kesum! (bukan daun ketum!!) jadi terkeluarlah idea utk buat nasi kerabu... jangan ingat senang jadi suri rumah... tiap2 hari nak kena pikir... apa nak masak untuk keluarga malam nanti... thank you mama!
minggu ni banyak special menu... nasi ayam... laksa johor... nasi kerabu... semuanya membuka selera... so far no restaurant can beat mama's cooking...
lepas pekena nasi kerabu, pegi ke dynamic bowl, kompleks pusat bandar... training... ganti yang semalam tak jadi... main 3 games... mama, first frame strike beb! boleh tahan mama main malam ni... pakcik pun kira okay la... 161-140-169? boleh la... persiapan terakhir untuk tournament bowling anjuran FMM pagi ahad ni kat daiman bowl... khidmat terakhir dibawah nama ccm! hopefully can perform better in the tournament... member2 lain pun nampak bersemangat tu... gambarou ne, minna!

Comments:
la, wawi kerja kat ccm ker?
 
a'kum,

dochira sama desu ka? siapa ituuuu?
wawi dah tak kerja kat ccm dah... dah seminggu mula kerja di tempat baru... dan sedang menikmati pengalaman baru...
 
saya sering membaca Berita Kimia, tak pernah nampak pula nama wawi main boling ker, main lari-lari ker :-)
 
berita kimia???
ni chemist maner lak ni...
mana nak nampak kalu baca berita kimia kak long oi... cari la kat berita sukan ker... ada la jugak kemungkinan nak jumpa... tu pun mungkin kena tunggu kucing bertanduk dulu kot...
(tepuk dahi)... masyaallah... baru terperasan... rasanya ada sikit salah paham kat sini... 'ccm' ni bukannya 'ccm' chemical company m'sia tu... ccm ni 'calsonic compressor malaysia' la kak... tu yang rasa lain macam bila keluar 'Berita Kimia' tu... betul tak?
and that 'ak' stands for 'ahli kimia'?
anyway, thanx for dropping by
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]