Saturday, December 30, 2006

 

hishashiburi ni daidokoro ni tatta!!

huih! seminggu lebih tak buat posting.
sibuk macam2... padahal bukannyer sibuk benor pun
PC kat rumah down... hantor gi kedai. semalam budak tu telpon cakap motherboard & ram rosak! ganti je la ngan yg secondhand punyer... janji boleh pakai. malam ni nak gi ambik. monitor pun dah uzur... tapi tak de la standby 'hammer getah' cam member sorang tu buat kat tv dia. tanya kat kedai ari tu, 2ndhand monitor 15" reganya dalam RM95... hmmm tengok ler dulu camaner...
2-3 ari ni sibuk melayan 'TERAJU' yahoogroups... baru join, dah cari pasal! apa lagi... kena sekeh la ngan dia punyer bouncer... lepas tu sign up ngan 'proz.com' - website utk translator. lagi satu, website - 'translatorscafe' tak sempat nak sign up lagi... mou sorosoro honki de freelancer ni naroukanaa...
nak ceritanya pasal lama dah tak masuk dapur... masuk memasak la!! masuk makan tu lain cerita!
malam minggu minggu lepas... mama malas nak masak... lauk tengaharinya pun ada sikit lagi. jadi mama cakap nak goreng telur jer... oleh sebab telur dadar akan jadi menu utama, aku pun mintak untuk goreng sendiri telur tu mengikut citarasa aku. biasanya, aku akan masukkan cili boh, bawang besar... tapi, cili boh habis stok! aku bukak fridge, tengok apa yg ada... ternampak la sebotol cencaluk yg jiran aku bagi. buka cencalok, tuang sikit (dalam 3-4 sudu besar jugak kot) dalam mangkuk berisi 2 biji telur... lepas tu hiris cili padi 4-5 biji. kacau kaw-kaw... masuk dalam kuali... first time goreng telur campur ngan cencaluk! boleh tahan sedapnyer... next time boleh buat lagi!
aktiviti di camp berjalan seperti biasa... malam, keluar makan kat pontian atau kat kukup. lama dah tak pegi makan kat kukup sebab masa banjor ngan tj boya gi makan dulu, kena pau kaw2 ngan kedai yg kitaorang biasa lepak tu. skrg ni, selalunya keluar ke pontian la - 'very good tomyam', 'na jaya', 'juara seafood'... kelmarin ngan semalam gi satu port baru... tak ingat apa namanya... kat sebelah petronas, atas pada hospital sikit. masakan boleh tahan. yg ambik order tu pun boleh tahan 'mi-ha-'.
skrg ni musim hujan, air bertakung atas jalan... on the way balik, bila kereta lalu kat lopak air, cantik nampak air terbelah... ni aku ada rakam ngan henpon sonyK310i aku (nak beli yg canggih lagi, tak de peruntukan... tu pun sebab nokia 3310 yg aku pakai rosak!)
nanti aku masukkan bila ada masa nanti...
selamat hariraya aidil adha... dan selamat tahun baru!!

Comments:
wawi,
selamat hari raya aidil adha! semoga tahun baru membuka lebih banyak peluang baru untuk anda meneroka bidang penterjemahan.
 
utama-san,
mungkin dah terlewat sikit untuk ucap selamat hari raya aidil adha. (3-4 hari tak bukak PC!)
selamat tahun baru. semoga utama-san juga akan sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. and thanx for reading and million thanx for the doa.
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]